Mengadap Agong : Anwar minta pimpinan PKR, rakyat kekal tenang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menjelang majlis mengadap Yang di-Pertuan Agong yang dijadual Selasa depan, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pimpinan PKR dan seluruh rakyat Malaysia kekal tenang dan terus mendoakan kesejahteraan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan negara.

Perkembangan terkini itu dikongsikan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut beliau, Presiden PKR itu hari ini mengadakan pertemuan menerusi Zoom dengan ahli Majlis Pimpinan Pusat serta wakil-wakil rakyat PKR.

“Anwar memberi penerangan mengenai situasi terkini, termasuk majlis mengadap beliau dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada minggu hadapan.

“Anwar meminta kami untuk menyeru semua rakyat Malaysia supaya kekal tenang dan terus mendoakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan negara kita,” catatnya di Facebook.

Saifuddin memberitahu, Anwar menekankan beberapa perkara penting yang perlu diingat untuk PKR terus bergerak ke hadapan, termasuk keperluan meningkatkan usaha kami untuk terus berkhidmat kepada rakyat Malaysia.

“Anwar memberi penekanan kepada jurucakap Parlimen PKR tentang keperluan sentiasa bekerja keras di portfolio masing-masing, tidak kiralah di dalam atau di luar Parlimen.

“Mereka tidak boleh berfungsi hanya untuk menyatakan pendirian parti semata-mata, tetapi perlu bertindak sebagai penjaga kepentingan awam mengikut portfolio masing-masing,” katanya.

Beliau menambah, Anwar berpesan adalah penting untuk mereka bekerja secara aktif dan sering berinteraksi dengan pihak berkepentingan dalam menghadapi cabaran berkaitan dengan sektor yang berada di bawah portfolio mereka.

“Hanya dengan mendengarkan rintihan rakyat kita dapat mengenal pasti cara untuk membantu negara kita pulih dan makmur,” ujarnya.

Katanya, Anwar turut menggesa semua anggota PKR untuk terus berkhidmat dan membantu masyarakat setempat semasa berlakunya wabak Covid-19.

“Anwar memberi penekanan khusus kepada Menteri Besar Selangor dan Negeri Sembilan agar bekerja keras tangani cabaran rakyat di negeri-negeri tersebut akibat wabak Covid.

“Walaupun pelbagai SOP yang berkaitan dengan kesihatan perlu dipatuhi, kita harus tetap membantu rakyat Malaysia, terutama anggota masyarakat kita yang paling berisiko,” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat