Donald Trump Kembali Berjumpa Orang Ramai Esok

- Advertisement -

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, boleh kembali menemui orang awam mulai esok, umum doktor Rumah Putih, semalam, sambil memaklumkan bahawa beliau bertindak balas dengan ‘sangat baik’ terhadap rawatan COVID-19.

“Sabtu adalah hari ke-10 selepas diagnosis pada Khamis lalu. Berdasarkan trajektori diagnostik lanjut dijalankan pasukan, saya menjangkakan sepenuhnya bahawa Presiden selamat untuk kembali menemui orang awam menjelang waktu itu.

“Secara keseluruhan, beliau bertindak balas dengan sangat baik kepada rawatan, tanpa bukti adanya kesan terapeutik yang buruk,” kata doktor Trump, Sean Conley, dalam satu kenyataan.

Trump dirawat selama tiga hari di hospital sebelum pulang ke Rumah Putih pada petang Isnin lalu.

Berpuluh-puluh kontak rapat Trump di Rumah Putih juga telah disahkan positif COVID-19.

Sejak didiagnosis, Trump menerima rawatan antibodi yang masih dalam kajian, ubat antiviral remdesivir dan steroid dexamethasone. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat