Pemuda UMNO Bantah Cadangan Caj Urusniaga Dalam Talian

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO membantah cadangan caj bagi urusniaga atas talian oleh Kementerian Komunikasi & Multimedia (KKMM), seperti diumumkan semalam.

Ketuanya Datuk Dr. Asyraf Wajdi berkata, cadangan itu adalah amat tidak wajar di kala rakyat dihimpit kepayahan hidup akibat dampak COVID-19 yang masih belum berakhir.

“Sepatutnya kerajaan fokus menggalakkan urusniaga atas talian dengan beri insentif, bukan kenakan caj”, jelas beliau seperti dipetik dari akaun Twitternya malam tadi.

Media semalam melaporkan kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkenaan cadangan KKMM untuk mengenakan bayaran seakan caj perkhidmatan sebanyak 20 sen bagi pembelian di bawah RM1,000 melalui platform dalam talian.

Langkah ini jelas beliau, untuk menambah kewangan atau mengumpul dana khas bagi membantu B40, termasuk menambah baik pembangunan komunikasi di luar bandar.

“Perkara ini sedang (dibincangkan) dalam mesyuarat dan perancangan untuk kita bentangkan kepada kerajaan supaya dapat mencari sumber lain yang tidak membebankan rakyat dan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Maka, bayaran tambahan ini seakan caj perkhidmatan yang akan dikenakan dan sekiranya pembelian itu lebih RM1,000, maka caj tambahan dikenakan adalah 40 sen”.

Beliau bagaimanapun berkata, pembelian di bawah RM200 tidak akan dikenakan caj itu, manakala tambahan 20 sen perlu dibayar pengguna bagi gandaan RM1,000 berikutnya – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat