FINAS kuatkuasa lesen pengedaran

- Advertisement -

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) merancang akan memperkasa dan memantapkan penguatkuasaan lesen pengedaran sebagai langkah membendung sumber pengedaran cetak rompak.

FINAS dalam kenyataan dikeluarkan berkata pihaknya memandang serius kes cetak rompak yang semakin berlelulasa dalam bentuk fizikal, platform media sosial seperti Telegram, laman sesawang dan ‘setup box’.

“Menyedari keresahan penggiat industri seni apabila filem ditayang dicetak rompak pihak tidak bertanggungjawab, FINAS akan memperkasa Lesen Pengedaran Filem, melalui Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244) di bawah Seksyen 22 (1).

“Isu cetak rompak seperti di plaftorm media sosial dan Shopee ketika ini masih dalam siasatan pihak berkuasa dan tindakan undang-undang akan diambil dengan tegas,” katanya.

Terdahulu, keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Pembanterasan Cetak Rompak yang dipengerusikan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri di Kompleks FINAS, Hulu Klang.

Sehubungan itu, dalam kenyataan berkenaan dimaklumkan juga sebarang maklumat dan aduan berhubung aktiviti pengedaran filem cetak rompak boleh dikemukakan melalui e-mel kepada [email protected].

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat