Polis Tahan 41 Warga China Disyaki Terlibat Sindiket Macau Scam

- Advertisement -

KLUANG – Seramai 41 warga China antara 43 individu ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam sindiket Macau Scam dengan menjadikan sebuah hotel sini sebagai pusat operasi mereka.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka menjalankan skim pelaburan Forex yang tidak wujud dan dipercayai sudah bertapak melakukan kegiatan jenayah itu hampir dua bulan.

Beliau berkata, sindiket berkenaan dikesan beroperasi dari 8.30 pagi sehingga 5.30 petang waktu tempatan dan menyasarkan warga China.

“Sebelum ini, mereka beroperasi di Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Namun kira-kira 10 pagi tadi, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor menyerbu hotel terbabit.

“Polis menahan seramai 43 suspek yang terdiri daripada 41 rakyat China termasuk dua wanita manakala dua wanita tempatan diberkas dengan kesemua berumur di antara 18 hingga 40 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, dalam serbuan itu, turut dirampas peralatan seperti 35 unit komputer riba dan 593 telefon bimbit pelbagai model.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959.

Jelasnya lagi, polis Johor terus mengesan dalang-dalang dan saki baki sindiket yang masih bebas dan beroperasi.

“Polis Johor akan sentiasa melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke atas premis-premis yang disyaki menjalankan kegiatan ini.

“Kita menasihatkan orang ramai supaya tidak bersengkongkol dengan mana-mana individu yang menjalankan aktiviti jenayah,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kegiatan berkenaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Kontinjen Johor di talian 072254074. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat