Zahid syak parti lawan pun guna aset Kerajaan Kelantan di Nenggiri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia menyiasat dakwaan kononnya partinya telah menggunakan aset kerajaan ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Neggiri.

Zahid malah berkata, parti lawan boleh mengemukakan laporan kepada pihak berkuasa jika benar terdapat penggunaan aset kerajaan.

Pada masa yang sama Presiden Umno itu turut membangkitkan persoalan, apakah kerajaan negeri Kelantan tidak menggunakan aset kerajaan negeri ketika berkempen.

“Saya akan lakukan siasatan perkara itu dan kalau mereka ada bukti mereka boleh kemuka ikut saluran perundangan bawah akta SPR.

“Jangan menuduh kita sahaja guna jentera kerajaan tapi bagaimana kerajaan Kelantan saya pasti ada,” katanya kepada media selepas program Temu Mata di Renok Baru, Gua Musang, lapor Malaysiakini pada Jumaat.

Sebelum ini, AJK PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mendakwa bangunan, premis kerajaan dan aset serta penjawat awam digunakan membantu kempen parti kerajaan.

Dalam hantarannya di Facebook, Annuar turut menyiarkan gambar yang menunjukkan bangunan yang dihiasi dengan bendera dan sepanduk BN.

Ini dikatakan berlaku di Dewan Teratai, kawasan penempatan Orang Asli di Pos Tohoi, Gua Musang.

Hantaran itu mengundang bidasan Bersih yang menyifatkan tindakan BN tersebut jelas bercanggah dengan amalan pilihan raya yang bersih dan adil, kata badan pemerhati pilihan raya Bersih.

Menurut badan pemantau pilihan raya itu, premis dan bangunan kerajaan tidak boleh digunakan sebagai markas atau pejabat mana-mana parti politik.

Bersih berkata, sepatutnya pihak kerajaan perlu memastikan ada pemisahan yang jelas antara parti dan juga kerajaan sebagaimana yang termaktub dalam Article 4(1) Inter-Parliamentary Union.

Menurutnya, jika aset-aset kerajaan digunakan untuk mempromosikan dan memberi kelebihan kepada mana-mana parti politik, proses kempen tidak akan menjadi adil dan keputusan-keputusan pilihan raya akan kurang keabsahannya.

Semalam, Menteri Besar Kelantan, Nassuruddin Daud turut membidas kerajaan pusat kerana menggunakan jentera kerajaan ketika berkempen.

Nassuruddin berkata, dia telah mengarahkan exco kerajaan PAS Kelantan supaya tidak menggunakan kenderaan kerajaan ketika berkempen di Nenggiri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat