Kerajaan kena tipu dengan Elon Musk ke? – Wan Ahmad Fayhsal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mempersoalkan adakah Kerajaan Malaysia ditipu oleh

pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc dan SpaceX, Elon Musk.

Ketua Armada Bersatu itu malah menempelak kerajaan kerana didakwa telah memberikan harapan palsu kepada rakyat.

“Masa buat pengumuman ini kerajaan kena tipu dengan Elon Musk ke?

“Maklumlah bagi macam-macam insentif potongan cukai itu ini kepada Tesla.

“Tak mungkin semua pekerjaan ini dicipta tanpa ada kilang pengeluaran? Lain kali jangan meloncat dan beri harapan palsu! bidas Wan Ahmad Fayshal.

Untuk rekod pada Julai 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama kerajaan Malaysia dengan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc dan SpaceX, Elon Musk akan membuka puluhan ribu peluang pekerjaan tenaga mahir di negara ini.

Beliau berkata ia susulan persetujuan diberikan Musk untuk melabur secara besar-besaran di Malaysia termasuk membuka ibu pejabat Tesla Inc di Cyberjaya.

Anwar berkata perkara itu dimaklumkan Musk kepadanya dalam persidangan video hari ini yang turut disertai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

“Beliau juga bersetuju menjalin kerjasama dengan kerajaan melibatkan syarikat SpaceX (miliknya) dalam perkhidmatan satelit Starlink serta kenderaan elektrik (EV).

“Malah tiga syarikat Malaysia akan terlibat dalam projek bersama SpaceX… Elon dalam pertemuan itu menyatakan akan adakan kunjungan ke negara ini dalam masa terdekat,” katanya.

Anwar berkata pertemuan dengan Musk adalah satu perkembangan yang cukup baik kepada negara terutama dalam bidang EV.

“Selain itu, tentang (perkhidmatan satelit) Starlink, ia melibatkan akses kepada internet, ketersalinghubungan, kita bersetuju (kerjasama ini) akan memberi ruang kepada semua kawasan luar bandar, sekolah-sekolah dan universiti untuk mendapatkan direct internet yang murah.

“Malah Elon nyatakan dalam hal ini (Starlink) walaupun 40 (satelit) disediakan awal tapi beliau beri pengakuan sebentar tadi untuk keutamaan diberikan kepada Malaysia,” kata Perdana Menteri.

Pertemuan maya Anwar yang turut disertai Tengku Zafrul dan Fahmi bersama Musk hari ini yang bermula jam 9.30 pagi berlangsung selama kira-kira 25 minit.

Sebelum itu, Anwar memaklumkan beliau akan mengadakan pertemuan dengan Musk minggu ini bagi meneroka cara untuk syarikat kenderaan elektrik utama itu menambah pelaburan di Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat