Bukan saya tikam Anwar – Azmin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memperbetul persepsi kononnya beliau telah ‘menikam belakang’ Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila berhijrah menyertai Bersatu.

Tegas Azmin beliau tidak pernah lompat parti sebaliknya Anwar telah memecatnya daripada keanggotaan PKR.

“Bukan saya tikam dia (Anwar) tapi dia tikam belakang saya, dia pecat saya.

“Saya tidak pernah lompat parti, ini rekod yang saya pertahankan, saya tak tinggalkan parti sebab yang menang 2/3 pemilihan parti adalah kumpulan saya.

“Oleh kerana PKR cukup tidak demokratik, tidak boleh menegur Presiden dan juga parti maka saya dipecat saya bukan lompat parti,” tegas Azmin dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik malam tadi.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu berkata demikian ketika ditanya kenapa Anwar tidak percaya kepada Azmin?

Dakwa bekas Menteri Besar Selangor itu, Perdana Menteri tidak senang melihat beliau lebih berjaya berbanding dirinya.

“Dia (Anwar) tak boleh melihat saya lebih berjaya daripada beliau, itu Anwar Ibrahim.

“Dia masih ingat saya setiausaha sulit dia.

“Sebab itu Langkah Kajang saya dinafikan, sebelum itu juga saya dinafikan, malahan bila kita menang di Persekutuan pada 2018 nama saya tidak disenaraikan padahal saya Timbalan Presiden, saya Menteri Besar Selangor, saya paling lama dalam parti dan juga dalam kerajaan tetapi bila saya jumpa dia di HUKM ketika itu dia kata saya telah hantar nama kamu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah tulis surat.

“saya pergi jumpa Dr Mahathir dan beliau tunjuk kepada saya surat yang dihantar oleh PKR nama saya tak ada.

“Saya dilantik oleh Dr Mahathir bukan Anwar. Sekali lagi ini bukti yang menunjukkan dia tidak mahu saya lebih berjaya daripada dia,” dakwa Azmin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat