Muhyiddin gesa Kabinet tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat LCS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kabinet digesa supaya mewujudkan sebuah Suruhanjaya Bebas Diraja bagi menyiasat dakwaan penyelewengan berhubung projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun pemerintahan kleptokrasi Barisan Nasional (BN) telah berakhir pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu, namun sehingga hari ini kita masih dihantui oleh peninggalan kebobrokan pemerintahan mereka.

“Yang terbaharu ialah skandal pembinaan kapal LCS TLDM yang melibatkan kerugian wang rakyat sebanyak RM9 bilion, selain merencatkan keupayaan TLDM untuk mengawal perairan negara disebabkan kegagalan syarikat yang dianugerah kontrak pembinaan kapal LCS secara rundingan terus untuk menyiapkan projek tersebut.

“Pendedahan bekas Panglima TLDM, Tan Sri Dr Abdul Aziz Jaafar, mengenai bantahan beliau terhadap perolehan projek ini menerusi beberapa pucuk surat yang dihantar kepada Menteri Pertahanan pada ketika itu amat mengejutkan kita. Bantahan ini walau bagaimanapun tidak diendahkan oleh Menteri Pertahanan. Untuk rekod Menteri Pertahanan pada ketika itu ialah Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional pada masa ini,” kata Muhyiddin dalam kenyataan pada Selasa.

Inilah pemimpin BN yang akan mengetuai parti itu dalam PRU-15, tegasnya.

Presiden Bersatu itu menambah, jika inilah hakikatnya, adakah rakyat Malaysia akan mempercayai mantra yang akan dibawa oleh BN dalam PRU akan datang?

“Saya menggesa Kabinet supaya mewujudkan sebuah Suruhanjaya Bebas Diraja bagi menyiasat dakwaan penyelewengan berhubung projek pembinaan kapal LCS TLDM,” ujar beliau.

Dalam pada itu, menurut Muhyiddin parti-parti politik yang hanya mengutamakan kepentingan segelintir individu dan puak tidak akan dapat meletakkan kepentingan rakyat di hadapan segalanya.

“Mereka juga tidak akan berjaya mewujudkan kestabilan politik selagi mana kepentingan individu dan puak tidak dapat penuhi. Malah individu dan puak inilah yang akan terus mengancam kestabilan politik negara selagi mana kepentingan peribadi mereka tidak dapat dipenuhi.

“Lebih malang sekiranya amalan rasuah dan penyelewengan yang menjadi barah dalam sebuah pemerintahan kleptokrasi berulang kembali di negara kita.

“Perikatan Nasional menentang keras amalan kotor ini dan tidak akan membiarkan kumpulan kleptokrat kembali memperjudikan nasib rakyat demi kepentingan peribadi,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat