Siti Sarah Meninggal Dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin, 36, yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan COVID-19 meninggal dunia sebentar tadi.

Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini.

Mengesahkan perkara itu, pengurus Siti Sarah, Nana Mohd Rom berkata Shuib kini dalam perjalanan ke hospital.

Siti Sarah pada Jumaat selamat melahirkan bayi lelaki yang merupakan anak keempat pasangan itu ketika menerima rawatan.

“Saya baru mendapat maklumat daripada Shuib bahawa Siti Sarah sudah meninggal dunia,” kata Nana kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

Sementara itu, Shuib dalam hantaran di Instagramnya juga memaklumkan berita duka itu.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat