NGO Kecewa Warisan Mungkir Janji, Projek Empangan Diteruskan Kos Lebih Tinggi

Loji Rawatan Air Pertama Di Malaysia Terima Pensijilan HACCP -Ranhill SAJ

KUALA LUMPUR: Loji Rawatan Air Semanggar dan Loji Rawatan Air Sri Gading, di Johor telah menerima pensijilan Sistem Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP). Menurut...

Berita Palsu, Tiada Kawalan Rentas Negeri Di Melaka

KUALA LUMPUR: Pejabat Ketua Menteri Melaka, menafikan berita yang disebarkan melalui media sosial yang mendakwa seluruh negeri Melaka dikenakan kawalan rentas negeri bermula tengah...

Memahami Kesukaran Zahid

ADA yang menyifatkan UMNO dibawah pimpinan Datuk Seri Zahid Hamidi cuba bermain politik di tengah-tengah kegawatan Covid-19 yang sedang melanda negara sekarang lanjutan keputusan...

MB Selangor, CEO Air Selangor didesak lepas jawatan – PSM Selangor

KUALA LUMPUR- Parti Sosialis Malaysia (PSM) Selangor mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman meletakkan jawatan...

Pertemuan 6 Mata Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

CYBERJAYA - Perbincangan enam mata wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional - UMNO, PAS dan PBBM, sabtu lepas gagal memberi sebarang penyelesaian yang...

KOTA KINABALU – Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang membantah pembinaan empangan Kaiduan di Papar, Gerakan Bantahan Empangan Kaiduan/Papar (Takad) hari ini, menyatakan kekecewaan terhadap Warisan kerana mungkir janji untuk membatalkan projek itu.

Jurucakapnya Diana Sipail berkata, sebaliknya berlaku apabila kerajaan disokong mereka hanya sekadar menukar nama empangan Kaiduan kepada empangan Papar dan menaikkan kos projek dari RM2 bilion ke RM3 bilion.

“Saya ingin mengingatkan orang ramai mengenai kekecewaan kami terhadap kerajaan Warisan, Pakatan Harapan (PH) dan Upko yang mengkhianati undi serta sokongan kami pada Pilihan Raya Umum 2018.

“Ini kerana kami dan keluarga kami turun berkempen dengan harapan tinggi dan menyokong 100% kepimpinan parti Shafie Apdal dan PH yang berjanji untuk membatalkan empangan Kaiduan ini.

“Kami belajar yang janji politik hanyalah janji kosong dan kepentingan kami sebagai pengundi hanya semasa pilihanraya dan selepas itu sokongan serta kepentingan syarikat menjadi lebih penting daripada kami,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena Hari Orang Asli dan Asal Sedunia, hari ini.

Diana berkata, lebih mengecewakan apabila sokongan dan kempen yang lantang ketika pilihan raya lalu sudah mula pudar dan hanya bersifat simbolik saja.

“Perjuangan kami hanya untuk tujuan gimik politik dan pilihan raya atau untuk pembelaan terhadap tanah adat dan kehidupan orang asal di Sabah? Kami masih bertanya-tanya.

“Kami ingin mengingatkan orang ramai bahawa tanah dan identiti 3,000 penduduk masyarakat orang asal Dusun Tagahas, Dusun Tuawon, Dusun Labu dan Kadazan Papar akan pupus jika empangan ini diteruskan.

“Projek ini juga memusnahkan banjaran Crocker, yang diisytiharkan sebagai rizab biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2014,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan sama ada projek bernilai RM3 bilion itu boleh mengembalikan tanah adat, identiti dan alam sekitar yang bakal ‘dirobek’ nanti.

“Sempena hari istimewa ini juga, kami di Takad ingin mengulangi komitmen kepada perjuangan kami menentang empangan mega ini biarpun dikhianati kerajaan Shafie Apdal.

“Kami dengan ini mengulangi tuntutan kami agar projek ini dihentikan segera dengan menubuhkan 1 suruhanjaya bebas untuk pakar alam sekitar dan air menyiasat dan mengkaji impak kepada masyarakat orang asal dan alam sekitar serta keperluan serta alternatif yang lestari kepada empangan.

“Ini kerana sehingga hari ini, tidak ada sebarang konsultasi dengan mangsa atau kajian mendalam mengenai projek ini serta tiada ketelusan dalam pelaksanaan projek ini,” katanya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

UMNO Desak Gugur 4 Menteri Mereka?

CYBERJAYA- Biro Politik UMNO dilaporkan memberi kata dua kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar membuat rombakan kabinet menyingkir Menteri dari UMNO yang...

Mujahid Rayu UMNO Sokong Anwar

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan ‘pembelot’ dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam artikel terbaharu bertajuk ‘Membuang...

ANALISIS: Usaha Bersatu Bunuh UMNO Punca Kegawatan Politik

APA yang berlaku sepanjang minggu ini mungkin boleh menjurus kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari lagi, jika pasukan beliau...

Berita Berkaitan

Loji Rawatan Air Pertama Di Malaysia Terima Pensijilan HACCP -Ranhill SAJ

KUALA LUMPUR: Loji Rawatan Air Semanggar dan Loji Rawatan Air Sri Gading, di Johor telah menerima pensijilan Sistem Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP). Menurut...

Berita Palsu, Tiada Kawalan Rentas Negeri Di Melaka

KUALA LUMPUR: Pejabat Ketua Menteri Melaka, menafikan berita yang disebarkan melalui media sosial yang mendakwa seluruh negeri Melaka dikenakan kawalan rentas negeri bermula tengah...

Sebuah Sekolah Menengah Di Parit Buntar Ditutup

PARIT BUNTAR: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Lope Nor Rashid di Tanjung Piandang, Parit Buntar ditutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat...