Parti Baharu Mahathir, Malasku Nak Komen Kata Ketua Menteri

- Advertisement -

Kuching – Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg enggan mengulas kewujudan parti baharu yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Malasku nak komen, buka parti barukah, apakah…,” katanya ketika ditemui pemberita.

Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan Jambatan Kampung Bintangor Baru, pada Sabtu.

Jumaat lalu, Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu yang belum diberikan nama rasmi, namun ia tidak terikat atau menyokong Perikatan Nasional (PN) mahupun Pakatan Harapan (PH).

Keputusan menubuhkan parti baharu dibuat selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan injunksi ad-interim (sementara) oleh bekas pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dipecat itu.

Menurut Mahathir, parti baharu ini akan bertanding sebagai blok bebas dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Mengenai hasrat Parti Islam SeMalaysia (PAS) Sarawak untuk meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 (PRN-12), yang bertentangan dengan pengumuman pucuk pimpinan parti itu sebelum ini, Abang Johari, itu terpulang kepada parti berkenaan.

“Saya tidak tahu sama ada itu (pengumuman bertanding) adalah arahan pimpinan tertinggi parti itu,” katanya.

Semalam, Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee berkata, parti itu mengenalpasti beberapa kawasan untuk ditandingi pada PRN-12 termasuk kawasan tradisi PAS di negeri ini.

Jofri berkata, PAS Sarawak juga akan mencalonkan anak Sarawak dari pelbagai latar belakang akademik serta aktivis masyarakat mengikut keperluan setempat dan berkebolehan membawa aspirasi anak Sarawak.

Ahad lalu, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr James Jemut Masing mendedahkan, Bersatu dan PAS tidak akan bertanding di Sarawak dalam PRN12.

Beliau berkata, jaminan itu dinyatakan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mesyuarat pemimpin 12 parti yang membentuk kerajaan Persekutuan di Putrajaya, pada 29 Julai lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat