Aktivis Edar 3,000 Ribu ‘Super Ring’ Esok

- Advertisement -

Cyberjaya – Aktivis politik, Muhsin Abdul Latheef berhasrat untuk mengedarkan snek makanan ringan ‘Super Ring’ esok pagi.

Muhsin ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata, makanan ringan itu akan diedarkan di kawasan yang berhampiran denga Mahkamah Seksyen Pulau Pinang.

“Esok saya akan edarkan ‘super ring’ di kawasan berhampiran mahkamah sebagai simbolik ke atas pendakwaan Guan Eng.

“Tiada himpunan akan dilakukan, hanya sumbangan kepada masyarakat sekitar jadi tak perlu bimbang sebab tidak akan ada sebarang provokasi,” katanya.

Mamu turut menjelaskan ia diadakan sebagai simbolik atas kemenangan menentang bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Untuk rekod Mohsin yang juga dikenali dengan nama pena Mamu Parpu di media sosial adalah individu pertama yang bertanggungjawab membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) berhubung pembelian rumah banglo Guan Eng di bawah harga pasaran.

SPRM pada Khamis lalu berkata, Setiausaha Agong DAP itu akan di dakwa buat kali kedua esok di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Mengikut pertuduhan, ketika menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng didakwa telah secara rasuah meminta bagi dirinya suatu suapan, iaitu balasan berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh kelak daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Ia sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Zarul merupakan pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.

Ahli Parlimen Bagan itu dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini pada Mac 2011 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24.

Akta yang sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Selain itu Guan Eng turut menghadapi pertuduhan rasuah berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat