Kawasan PKPD Dijangka Mencatatkan Peningkatan Kes Positif Covid-19 : Noor Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah kes harian Covid-19 dijangka meningkat susulan pelaksanaan saringan ke atas 10 peratus daripada penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, semasa pelaksanaan PKPD, aktiviti kesihatan awam dapat dijalankan dengan lebih bertumpu terutama kumpulan berisiko tinggi.

Katanya, usaha pengesanan kontak rapat dan saringan kesihatan khususnya ke atas individu bergejala dilaksanakan dengan lebih giat bagi pengesanan awal kes Covid-19.

“Ini membolehkan pengasingan segera dijalankan bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 dalam komuniti manakala pelaksanaan PKPD berdasarkan penilaian risiko di kawasan tersebut.

“Berdasarkan pelbagai usaha dipergiat terutama melalui hasil saringan bersasar, berlakunya peningkatan ketara kes di negeri-negeri yang berada di bawah PKPD,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Selangor telah menyumbang sebanyak 42.02 peratus daripada 47,811 kes bagi tempoh minggu pertama Julai berbanding hanya 38.33 peratus daripada 40,973 kes bagi tempoh 24 Jun hingga 30 Jun.

“Kuala Lumpur pula menyumbang sebanyak 13.01 peratus pada tempoh 1 Julai hingga 7 Julai berbanding 12.29 peratus bagi tempoh 24 Jun hingga 30 Jun lalu,” katanya.

Khamis lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPD di beberapa mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari berkuat kuasa 3 Julai sehingga 16 Julai adalah untuk keselamatan rakyat. – UTUSAN ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat