Pas Desak SPRM Bongkar Habis Skandal Terowong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Setiausaha PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim mendakwa projek mega yang diusahakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang mempunyai terlalu banyak muslihat dan agenda belakang tabir.

Iszuree mengesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kini sedang ‘berkampung’ di Pulau Pinang dapat menyiasat dan membongkar habis-habisan penipuan DAP.

“Asalnya projek ini merupakan usaha untuk mengatasi masalah lalu lintas yang teruk di Pulau Pinang dan ia bermula sejak tahun 2004 menerusi projek Lebuhraya Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR)

“PORR ini bernilai RM1.02 bilion dan saya akui projek ini semenangnya satu keperluan buat rakyat dan negeri.

“Namun hasrat murni ini tidak kesampaian apabila Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diketuai Gerakan di Pulau Pinang tewas dalam PRU12 pada 2008,” katanya dalam satu temubual bertajuk “Skandal Terowong Pulau Pinang: Tak Kisah Rakyat Bengang… Janji Masyuk?” yang disiarkan secara dalam talian pada Rabu.

Mengulas lanjut Iszuree berkata,di bawah PORR melibatkan MRCB Sdn Bhd dan Peninsular Metroworld Sdn Bhd selaku pemegang taruh, lebuhraya dari Tanjung Tokong ke Gelugor sepanjang 17 kilometer itu akan mempunyai lapan susur keluar.

Tambahnya, ketika PORR dikemukakan, DAP cukup ekstrem menentang dengan membangkitkan isu-isu alam sekitar serta kononnya ia projek kroni dan dakwaan rasuah hingga dijadikan DAP modal pilihan raya.

Bagaimanapun katanya, di bawah Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri, projek baharu pula diajukan sekitar tahun 2010 dan setelah mendapat kritikan dari BN, rancangan diubahsuai kepada satu pelan induk.

Pelan induk tersebut ujarnya, melibatkan Halcrow Transport Consultant dari Britain dengan bayaran kajian awal sebanyak RM3.2 juta berfokus kepada kelancaran sistematik pengangkutan awam.

“Namun rancangan HealthCrow yang telah dibentangkan pada kerajaan negeri pada tahun 2011, 2012, dan 2013 ini telah diketepikan. Ketika itu Halcrow mencadangkan dengan kos lebih kurang RM10 bilion sahaja.

“Berbanding PORR semasa BN dulu lebih kurang RM1.02 ke RM1.5 bilion. Tapi mungkin disebabkan oleh naiknya harga-harga kos construction, maka dicadangkan Halcrow dengan kos sebanyak RM10 bilion,” katanya.

Jelas Iszuree, berlaku tambahan projek ke atas Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) tersebut termasuk terowong dasar laut dan lain-lain menjadikan keseluruhan kos projek mega ini sebanyak RM46 bilion.

Katanya, rakyat yang bermaklumat semakin ragu apabila kajian kebolehlaksanaan terowong itu menelan belanja RM305 juta di mana terlalu mahal berkali-kali ganda berbanding pembinaan sama di Kanada cuma sekitar RM50 juta.

Jelasnya, rakyat mulai bersuara mengkritik dan membidas Kerajaan DAP Pulau Pinang yang ketika itu menguar-uarkan mengenai ketelusan, tetapi bersikap hipokrit dalam pelaksanaan mereka.

Menurut beliau, sebanyak enam kertas siasatan juga telah dibuka berkaitan isu tersebut, tetapi seakan disembunyikan di bawah karpet semasa Pakatan Harapan memerintah, selain banyak ‘wayang’ dilakukan DAP.

“Saya harap (SPRM) bongkarkanlah sehabis-habisnya supaya rakyat lihat sejauhmana hipokrasi DAP ini yang telah bukan sahaja menipu rakyat dalam PRU ke-14.

“Tapi menipu bulat-bulat rakyat Pulau Pinang yang akan menyebabkan bukan sahaja kerajaan negeri akan bankrup, rakyat Pulau Pinang juga akan menanggung satu beban kos yang cukup besar,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat