Najib tak pernah minta ahli Umno serang Zahid, sokong PN – Nizar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak tidak pernah meminta ahli Umno dan penyokong setianya untuk menyerang institusi Presiden Umno yang dipimpin Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali gus mengalihkan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

Anaknya yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Pekan, Datuk Mohd Nizar Najib menegaskan, bapanya tidak pernah mengeluarkan arahan untuk ahli Umno serang Institusi Presiden ataupun mana-mana komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

Dalam video yang ditayangkan dalam celahan ucapan dasar Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 pagi tadi, Nizar menyampaikan pesanan bapanya yang kini ditahan di Penjara Kajang.

“Ayahanda (Najib) sedar ada satu permainan di luar sana yang menyatakan kononnya ayahanda saya marah dengan Kerajaan Perpaduan sekarang dan minta kita serang Presiden Umno.

“Apa yang ingin saya tegaskan di sini, ayahanda saya tidak pernah mengeluarkan arahan untuk kita serang Institusi Presiden ataupun mana-mana komponen dalam Kerajaan Perpaduan, beliau tidak pernah menyatakan sedemikian.

“Malah beliau tuntut supaya kita setia dengan parti Umno dan menghormati institusi Presiden Umno yang kini diterajui oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi , presiden kita sekarang…itu pesanan beliau,” jelas Nizar dalam video terbabit.

Tambah Nizar lagi, politik ini adalah permainan persepsi jadi ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin bermain dengan persepsi.

“… kononnya ayahanda saya marah dengan Kerajaan Perpaduan dan menyuruh ataupun menuntut ahli-ahli Umno menyokong Perikatan Nasional (PN) ini tidak benar sama sekali.

“ayahanda saya tidak pernah menyuruh ahli-ahli Umno supaya membelakangkan Kerajaan Perpaduan dan menyokong PN, itu tidak pernah berlaku,” tegasnya lagi.

Sementara itu, Zahid pula mengulang pendirian bahawa Majlis Tertinggi (MT) Umno tetap memperjuangkan pembebasan dan menuntut keadilan untuk Najib.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) lihat sendiri (video), apa yang dinyatakan itu tulen.

“Kita di sini beliau (Najib) di sana (Penjara Kajang), saya yakin semangat beliau tetap berada di Dewan Merdeka.

“Kita berdoa, tapi Allah minta kita berusaha. MT telah mengambil keputusan pendirian Umno tetap tidak berubah untuk membebaskan dan menuntut keadilan untuk Datuk Seri Najib, kita mahukan keadilan untuk Najib sebagai seorang manusia,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat