DAP Pilih ‘Move On’ Lupakan Kisah Silam – Anthony Loke

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – DAP memilih untuk melupakan kisah silam dan ‘move on’ dalam persengketaan politik antara parti itu dan Umno sebelum terbentuknya Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, persengketaan di antara parti politik yang membentuk kerajaan telah pun dinoktahkan sejak tertubuhnya Kerajaan Perpaduan pada Disember lalu.

Tegas Menteri Pengangkutan itu, setelah lebih enam bulan Kerajaan Perpaduan bergerak mentadbir negara maka tidak perlu lagi mengungkit sentimen permusuhan antara parti-parti yang pernah berseteru sebelum ini, Anthony malah bersetuju dengan intipati ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyeru untuk melupakan semua kisah silam dan fokus kepada kestabilan negara.

“Itu pandangan masing-masing (Pemuda Umno) takpalah, sudah tentu bila dalam ucapan atau perhimpunan banyak pandangan. Jadi saya bersetuju dengan ucapan ataupun intipati ucapan Presiden Umno untuk lupakan kisah silam bersama demi negara.

“Bagi saya kita move on, kita perlu move on daripada persengketaan ataupun permusuhan politik selama ini. Permusuhan dan sentimen ini ada dalam setiap parti, kalau kita mengungkit-ungkit kisah-kisah lama ia tidak akan berkesudahan…kita telah pun membentuk Kerajaan Perpaduan lebih dari 6 bulan bahkan kita juga telah membincangkan segala persetujuan dan komitmen masing-masing.

“… dan kita telah pun ‘move on’ sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan, jadi bagi saya apa yang dinyatakan oleh Presiden Umno itu amat memadai. Oleh itu, saya bersetuju dengan pandangan Presiden Umno, kita move on lupakan kisah silam bersama demi negara,” katanya ketika ditemui media di lobi Dewan Merdeka sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 pada Jumaat.

Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, apa yang penting pada masa ini ialah parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu bergerak ke hadapan dan fokus menghadapi cabaran lain antaranya ekonomi dan pembangunan negara dan ia perlu ditempuhi bersama-sama.

“Kabinet telah berfungsi dan kita telah duduk dalam satu Jemaah Menteri malah setiap minggu dah enam bulan dan setakat ini tak timbul pun apa-apa isu mengenai keserasian dalam parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan dan kita akan terus mengorak langah ke hadapan, yang penting hari ini kita tunjukkan komitmen kita bekerjasama.

“Jadi saya rasa kita sudah noktahkan soal persengketaan, soal permusuhan politik itu telah pun dinoktahkan sejak tertubuhnya Kerajaan Perpaduan ini.

“Saya rasa semua parti berlapang dada dan pimpinan parti masing-masing telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk kita bersama-sama dan saya rasa pandangan-pandangan yang lain itu kita hormati tapi yang penting pimpinan masing-masing telah pun ada satu
persefahaman yang begitu jelas,” ulas Anthony.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh yang menuntut DAP membuat permohonan maaf secara terbuka atas semua kata-kata dan tohmahan yang pernah dilemparkan kepada Umno sebelum ini kerana menurutnya itu adalah suara akar umbi Umno.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat