Anwar masih boleh hafal lagu rasmi Umno

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Berpulang semula ke Dewan Merdeka mengimbau semula kenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Umno yang pernah dipimpin dan dianggotainya 25 tahun lalu.

Perdana Menteri itu malah mengakui masih segar di ingatan beliau lagu rasmi Umno iaitu Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.

Menurut Anwar kehadiran beliau di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 adalah amanah untuk menyempurnakan tugas kepada negara.

“Yang penting menyempurnakan tugas kepada negara, pengalaman peribadi itu penting tetapi ia tidak boleh mengatasi kepentingan rakyat dan kepentingan negara.

“Jadi saya hadir semula kerana saya gunakan platform perpaduan ini untuk memperkukuh kerajaan dan memberikan manfaat kepada rakyat,” katanya ketika ditemui media di lobi Dewan Merdeka, WTCKL pada Jumaat.

Perdana Menteri itu juga akui selesa kerana sudah biasa dengan suasana Dewan Merdeka yang menjadi dewan keramat buat Umno.

“Saya tentunya rasa selesa dan senang kerana sudah biasa dengan suasana itu termasuk menghafal lagu Umno.

“Saya masih lagi ingat lagu Umno,” kata Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat