Abang ‘sado’ jual bunga

- Advertisement -

PELAKON dan pengacara, Fahrin Ahmad mahu terus melebarkan sayapnya dalam industri hiburan tanah air apabila mencabar diri ‘bermain’ dalam program sitkom.

Fahrin, 43, bakal muncul sebagai antara watak dalam sitkom terbaharu di Awesome TV iaitu Lot 69 arahan Bob Ismail.

Biarpun dirinya tidak sinonim sebagai seorang yang lucu, namun dia nekad menempuh cabaran itu sebagai usaha mencari pengalaman dan ilmu baharu.

“Sitkom adalah komedi dan Fahrin Ahmad bukan pelawak. Tapi, sebelum ini saya suka tengok dan dan pernah dijemput sebagai tetamu jemputan atau cameo untuk sitcom lain.

“Saya berterima kasih disebabkan peluang yang diberikan. Ini satu pengalaman dan ilmu baharu buat saya. Bila buat sitkom ini di sebalik tabirnya adalah lain daripada pengacaraan atau lakonan,” katanya.

Bagaimanapun, dia tetap menyatakan rasa risau dalam menjayakan watak yang perlu digalasnya dalam rancangan itu.

“Bila bercakap mengenai komedi, saya sebenarnya risau juga sebab saya bukan pelawak. Lawak ini ada pelbagai kategori.

“Watak yang diberikan kepada saya iaitu abang ‘sado’ yang menjual bunga. Jadi, bila dengar sahaja saya dah tersenyum. Ia sesuatu yang berbeza (pada saya).

“Untuk orang macam saya, apa yang saya belajar, saya akan membabitkan diri kepada situasi yang mana bila orang dengar sahaja ia dah lawak,” katanya.

Ditanya adakah dia melihat dirinya sebagai seorang yang kelakar, Fahrin berkata, dia memiliki karakter itu bagi siapa yang benar-benar mengenalinya.

“Ramai yang tak tahu kalau saya di luar atau ketika di sebalik tabir. Orang akan ingat Fahrin ini ‘kontrol macho’ atau ‘kontrol kacak’. Tapi, bila dah kenal saya sebagai kawan, mereka kata kelakar rupanya Fahrin Ahmad ini.

“Saya sebenarnya suka menyakat dan buat orang gembira. Mungkin secara tak langsung itu yang menjadikan orang seronok, tersenyum dan tergelak,” katanya.

Selain itu, dia percaya dengan gabungan pelakon lain dapat menambah lagi seri lawak jenaka yang akan diketengahkan.

Fahrin yang juga pengacara Wanita Hari Ini, mengakui kombinasi baik daripada semua pihak yang terbabit juga menjadi ramuan penting dalam penghasilan sitkom itu.

“Kombinasi semua iaitu skrip, situasi dan pelakon lain akan jadi suatu yang lawak. Kita tak ada rasa ketinggalan. Saya boleh kata kombinasi dalam Lot 69 ini sangat menarik.” kata Fahrin yang turut disertai Rozita Che Wan, Izzue Islam, Ali Puteh dan Nina Smith dalam sitkom itu.

Lot 69 akan membuka tirai dalam slot terbaharu Awesome TV pada setiap Sabtu dan Ahad jam 9 malam mulai 11 Jun ini.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat