Musa Aman Dibebaskan Dari 46 Pertuduhan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membebaskan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman daripada semua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas diberitahu bahawa pihak pendakwaan menarik balik semua tuduhan berkenaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan peguam bela tertuduh semasa prosiding mahkamah terbuka pagi ini.

Sebelum ini, pihak pendakwaan telah meminta supaya tetuduh dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan (DNAA).

Peguam bela kepada bekas Ketua Menteri Sabah itu, Francis Ng mengesahkan anak guamnya telah dibebaskan.

Terdahulu, dilaporkan Musa telah memfailkan permohonan untuk membatalkan 46 pertuduhan terhadapnya.

Sumber gambar: Harian Metro

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat