Wanita Pertama Berjalan Di Angkasa, Kini Wanita Pertama Menyelam Paling Dalam

TIGA puluh enam tahun dahulu, pada tahun 1984, Dr. Kathy Sulivan mencatat sejarah sebagai wanita pertama berjaya berjalan di angkasa lepas.

Kelmarin, pada usia 68 tahun, beliau menjadi wanita pertama – dari keseluruhan 8 orang, yang pernah menyelam ke kedalaman paling maksimum di muka bumi, hampir 36,000 kaki dibawah laut di Mariana Trench (Jurang Mariana).

Penyelaman menggunakan kapal selam jenis LF Yang dipandu Viktor Veskovo itu turut mencatat sejarah sendiri kepada mesin berkenaan berikutan keupayaannya menyelam ke kedalaman maksimum berulang kali.

Tanpa kapal selam yang direka khas, badan manusia akan hancur renyuk akibat tekanan tinggi pada kedalaman seperti itu.

Sebaik berjaya naik semula ke permukaan laut dan bercantum dengan kapal induk LF, DSSV Pressure Drop, perkara pertama yang dilakukan angkasawan veteran yang pernah 3 kali ke angkasa lepas itu ialah menelefon Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), yang berada 254 batu di angkasa lepas – Daily Mail

Topik Hangat

Hikayat Tan Sri Hamid Bador

Sidang media terakhir Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) penuh kontroversi dan mungkin dilihat oleh sebahagian orang sebagai bersikap membalas...

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Berita Berkaitan

Perkahwinan Dibatalkan Hanya Kerana Pengantin Lelaki Gagal Hafal Sifir Dua

TIDAK ramai terfikir mereka perlu mengambil ujian matematik pada hari perkahwinan mereka. Namun seorang bakal pengantin lelaki dipaksa lakukan demikian sebaik tiba di rumah pengantin...

COVID-19: Suntikan Tambahan Moderna Berkesan Terhadap Varian Afrika Selatan

MODERNA mengesahkan data percubaan awal menunjukkan bahawa dos ketiga meningkatkan imuniti terhadap varian COVID-19 yang dikesan di Brazil dan Afrika Selatan. Dos ketiga itu tidak...

Pelantar minyak Velesto ‘Naga 7’ tenggelam, 101 krew selamat : Laporan

KUALA LUMPUR - Sebuah pelantar minyak laut dalam milik Velesto, Naga 7 berdekatan perairan Sabah dan Brunei dilaporkan tenggelam susulan kerosakan pada salah satu...