Amaran WHO – Koronavirus Makin Parah Seluruh Dunia

- Advertisement -

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan pada Isnin bahawa keadaan pandemik COVID-19 semakin buruk di seluruh dunia, sekali gus memberi amaran supaya tiada negara cepat berpuas hati dengan pencapaian mengekang penularan virus itu ketika ini.

Menurut WHO, ia merekodkan jumlah jangkitan baharu yang tinggi dengan kes mendadak dicatatkan di Amerika.

Ketika tunjuk perasaan dianjurkan secara besar-besaran bagi menuntut keadilan dalam isu perkauman di seluruh Amerika Syarikat (AS), agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menggesa semua pihak yang menyertai demonstrasi untuk melakukannya dengan cara lebih selamat.

COVID-19 telah meragut lebih 403,000 nyawa daripada sekurang-kurangnya tujuh juta yang dijangkiti sejak wabak itu muncul di China pada Disember lalu, menurut laporan dari sumber rasmi yang diselia oleh AFP.

Selepas Asia Timur, Eropah menjadi pusat penyakit ini, tetapi kini kedudukan itu telah diambil alih oleh Amerika.

“Walaupun keadaan di Eropah bertambah baik, secara global ia semakin buruk,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang media maya di Geneva.

“Lebih 100,000 kes dilaporkan pada sembilan dari 10 hari terakhir. Semalam, lebih daripada 136,000 kes dilaporkan – yang paling tinggi dalam satu hari setakat ini,” katanya.

Beliau berkata hampir 75 peratus kes pada Ahad dicatatkan di 10 negara yang kebanyakannya di Amerika dan Asia Selatan.

Tedros mengingatkan bahawa di negara-negara di mana situasinya semakin baik, “ancaman terbesar sekarang adalah berpuas hati”, dan “kebanyakan penduduk di seluruh dunia masih terdedah kepada jangkitan.”

“Lebih enam bulan berlakunya wabak ini, ini bukan waktunya bagi mana-mana negara to take its foot off the pedal,” katanya.

Mengulas tunjuk perasaan membantah pembunuhan George Floyd, Tedros menggalakkan supaya peserta perhimpunan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya.

“WHO menyokong sepenuhnya kesaksamaan dan gerakan global menentang perkauman. Kami menolak semua jenis diskriminasi, ” katanya.

“Kami menggalakkan semua yang melakukan tunjuk perasaan di seluruh dunia untuk melakukannya dengan selamat.

“Seboleh-bolehnya, jauhkan sekurang-kurangnya satu meter dari yang lain, bersihkan tangan anda, tutup mulut ketika batuk dan pakai topeng jika anda menghadiri tunjuk perasaan.

“Tinggal di rumah jika anda sakit dan hubungi penyedia perkhidmatan kesihatan,” katanya.

WHO terus menekankan pentingnya mengesan mereka yang mungkin berhubungan terus dengan orang yang dijangkiti.

Pengarah kecemasan WHO, Michael Ryan, mengatakan bahawa seseorang yang melakukan protes besar-besaran tidak semestinya memenuhi definisi kontak.

“Ia kembali ke analisis kesihatan awam dan pengurusan risiko tempatan,” katanya.

Sementara itu, Tedros mengatakan bahawa WHO telah menghantar lebih lima juta peralatan pelindung diri (PPE) ke 110 negara.

Badan kesihatan global itu menyasarkan untuk menghantar lebih 129 juta barang PPE ke 126 negara. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat