Kenyataan Media Musa Aman Selepas Dibebaskan

- Advertisement -

1. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah SWT kerana akhirnya dengan izin Tuhan saya diberikan keadilan untuk membersihkan segala tuduhan yang sekelian lama dibuat keatas diri saya.

2. Permohonan untuk membatalkan pendakwaan yang telah difailkan awal tahun ini telah dibuat dengan cukup teliti dengan disokong oleh keterangan dan dokumen bukti yang cukup jelas dan nyata yang tidak dapat dipertikaikan. Terima kasih kepada barisan peguam saya bersama pembantu mereka yang telah memberi perkhidmatan yang cukup baik dan berdedikasi sepanjang tempoh ini.

3. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan penghargaan kepada badan pendakwaan dan badan kehakiman negara terutamanya mereka yang telah bertindak secara objektif, profesional, berkecuali dan tanpa prejudis didalam menilai fakta kes ini sejak 2 tahun yang lalu.

4. Sesungguhnya Allah Maha Adil dan janjiNya itu benar dan pasti bagi hambanya yang sabar.

5. Apa yang telah berlaku kepada saya dan keluarga, biarpun dilihat terjadi kerana perbezaan politik, saya anggap sebagai ujian dan dugaan Tuhan buat kami sekeluarga.

6. Terima kasih kepada semua keluarga saya yang sentiasa bersama dan bersabar serta sentiasa mendoakan sepanjang dugaan ini.

7. Tidak lupa para sahabat jauh dan dekat serta rakan seperjuangan yang membantu secara langsung dan tidak langsung dan juga rakan media yang telah memberi saya “benefit of the doubt” sepanjang liputan kes ini.

8. Sempena bulan baik lagi mulia ini marilah kita saling bermaafan dan berdoa moga mendapat rahmat Tuhan serta diberikan kekuatan menghadapi ujian pandemik Covid-19 ini.

9. Semoga negara kita akan segera pulih dari dugaan ini dan kita terus dapat berbakti untuk agama, bangsa dan negara tercinta.

Terima Kasih.

KENYATAAN MEDIA
YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA BIN HAJI AMAN ADUN N.42 SUNGAI SIBUGA
PERMOHONAN PEMBATALAN (STRIKING OUT) (PERMOHONAN JENAYAH NO. WA-44-46-02/2020)
DAN
PERMOHONAN RUJUKKAN PERSOALAN PERLEMBAGAAN KE MAHKAMAH PERSEKUTUAN
(PERMOHONAN JENAYAH NO. WA-44-47-02/2020)
9 JUN 2020

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat