Syukur Keadilan Ditegakkan, Apa Yang Berlaku Sebelum Ini Kerana Berbeza Politik – Musa Aman

Vaksin: Top Glove Jangka Permintaan Sarung Tangan Terus Meningkat

KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd menjangkakan permintaan terhadap sarung tangan bagi tujuan pemeriksaan akan meningkat dua kali ganda apabila vaksin COVID-19 dapat disediakan...

COVID-19: SOP Baharu Pengembara Sabah Didorong Penurunan Kes – KP Kesihatan

PUTRAJAYA: Kadar penurunan kes positif COVID-19 yang konsisten dicatatkan di Sabah merupakan antara faktor yang dipertimbangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melonggarkan prosedur...

Maradona Si Pemilik ‘Tangan Tuhan’ Meninggal Dunia

CYBERJAYA: Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Tigre, lapor Daily Mirror. Maradona, 60, menjalani pembedahan membuang darah...

Ahli Parlimen BN Bertanggungjawab Sokong Belanjawan 2021 – Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong Belanjawan 2021 diluluskan di Dewan Rakyat esok. Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa,...

Wang Dilarikan Ketika Mangsa Tukar Tayar Di Lebuh Raya

KUALA LUMPUR: Sebaik selesai menukar tayar kereta yang bocor di Lebuhraya Persekutuan di sini, seorang lelaki mendapati wang tunai miliknya yang bernilai RM120,000 dicuri...

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman melahirkan rasa kesyukuran susulan keputusan mahkamah membebaskan beliau daripada semua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah.

Jelas beliau, permohonan untuk membatalkan pendakwaan telah difailkan awal tahun ini dibuat dengan teliti serta disokong keterangan dan dokumen bukti yang jelas dan nyata yang tidak dapat dipertikaikan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana akhirnya dengan izin Tuhan saya diberikan keadilan untuk membersihkan segala tuduhan yang sekian lama dibuat ke atas diri saya.

“Terima kasih kepada barisan peguam saya bersama pembantu mereka yang telah memberi perkhidmatan yang cukup baik dan berdedikasi sepanjang tempoh ini.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan penghargaan kepada badan pendakwaan dan badan kehakiman negara terutamanya mereka yang telah bertindak secara objektif, profesional, berkecuali dan tanpa prejudis didalam menilai fakta kes ini sejak dua tahun yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi pada Selasa melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, daripada semua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah.

Musa Aman bebas tuduhan rasuah, pengubahan wang haram

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas diberitahu oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Azhar Abdul Hamid, bahawa pihak pendakwaan menarik balik semua tuduhan terhadap Musa.

Mengulas lanjut, ADUN Sungai Sibuga itu juga berkata apa yang telah berlaku kepada beliau dan keluarga, biarpun dilihat terjadi kerana perbezaan politik ia dianggap sebagai ujian dan dugaan buat keluarganya.

“Tidak lupa para sahabat jauh dan dekat serta rakan seperjuangan yang membantu secara langsung dan tidak langsung dan juga rakan media yang telah memberi saya benefit of the doubt sepanjang liputan kes ini.

“Sempena bulan baik lagi mulia ini marilah kita saling bermaafan dan berdoa moga mendapat rahmat Tuhan serta diberikan kekuatan menghadapi ujian pandemik COVID-19 ini,” ujarnya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Covid-19: Menteri saran industri perkahwinan tukar bidang

KUALA LUMPUR- Pemain industri perkahwinan yang terkesan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Covid-19 disaran bertukar kepada bidang perniagaan lain yang...

Menjual Nama Binatang Untuk Mengherdik Kerajaan

Pandemik Covid-19 menjejaskan semua pihak sama ada kerajaan, ahli perniagaan, pekerja dan rakyat biasa. Kerajaan tidak lagi mempunyai pendapatan yang banyak, manakala aktiviti ekonomi...

Dakwaan PAS Tolak Umno Tanpa Bersatu Tidak Tepat – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Dakwaan mengatakan Pas tidak akan bersama UMNO tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai rakan sekutu tidak tepat, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk...

Berita Berkaitan

Ahli Parlimen BN Bertanggungjawab Sokong Belanjawan 2021 – Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong Belanjawan 2021 diluluskan di Dewan Rakyat esok. Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa,...

Wang Dilarikan Ketika Mangsa Tukar Tayar Di Lebuh Raya

KUALA LUMPUR: Sebaik selesai menukar tayar kereta yang bocor di Lebuhraya Persekutuan di sini, seorang lelaki mendapati wang tunai miliknya yang bernilai RM120,000 dicuri...

PNBBC Sepakat Undi Luluskan Belanjawan 2021 Esok

KUALA LUMPUR - Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sebulat suara menyatakan sokongan padu bagi meluluskan Belanjawan 2021...