Akta 342 Kawalan Penyakit Terpakai Semua Negeri Kecuali Sarawak

Langkah Sheraton: Hishamuddin tidak terlibat – Khairuddin

CYBERJAYA: Bekas calon Parti Amanah Negara (Amanah) di Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menafikan Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussien terlibat secara...

Hujan lebat bertembung air laut pasang, punca banjir di Terengganu malam tadi

KUALA LUMPUR: Taburan hujan tinggi yang bertembung kemuncak fenomena air pasang, menyebabkan beberapa kawasan rendah berhampiran pantai di Terengganu mula dinaiki air, malam tadi. Ketua...

Pendakian Gunung Kinabalu dibuka semula 7 Disember

KOTA KINABALU: Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu akan dibuka semula secara berperingkat bermula Isnin depan. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata ia...

Konsert ketiga SFMM35 pada 15 Disember ini

KUALA LUMPUR: Konsert ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-35 (SFMM35) akan bersiaran pada 15 Disember ini. Penerbit Eksekutif SFMM35, Nurhul Huda Khalid​ mengesahkan konsert ketiga...

Sasar audiens baharu

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pengedar kandungan program serta filem terbesar di Malaysia, Primeworks Studios (PWS) mengumumkan projek kolaborasi bersama perkhidmatan penstriman video, platform OTT...

PUTRAJAYA — Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) adalah terpakai untuk semua negeri kecuali Sarawak yang mempunyai aktanya sendiri, katanya Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata oleh itu negeri-negeri lain tidak ada pilihan selain turut melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) setelah kerajaan Persekutuan mengumumkan pelaksanaannya dengan peraturan yang diwartakan mulai 10 Jun hingga 31 Ogos depan.

“Negeri-negeri lain kecuali Sarawak sudah tidak ada akta kawalan penyakit berjangkit maka rujukan untuk negeri-negeri berkenaan adalah satu akta sahaja iaitu Akta 342.

“Negeri tidak boleh buat peraturan-peraturan lain kerana dalam Perlembagaan Persekutan mana-mana akta atau peraturan negeri yang bertentangan dengan akta kerajaan Persekutuan adalah ultra vires, terbatal dengan sendiri dan tidak boleh dilaksanakan,” katanya selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Perdana Putra di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow bahawa kerajaan negeri akan meneliti keputusan serta ketetapan PKPP terlebih dahulu dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Pulau Pinang sebelum melaksanakannya.

Ismail Sabri berkata peraturan yang diwartakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan terbatal pada 9 Jun kerana ada langkah kawalan baharu yang diwartakan di bawah PKPP yang berkuat kuasa pada 10 Jun.

“Jadi dia (Ketua Menteri Pulau Pinang) hendak ikut yang mana? Tentulah dia terpaksa ikut PKPP yang diwartakan.

“Kalau pun kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mahu melaksanakan penguatkuasaan (PKPP), pegawai-pegawai di peringkat persekutuan seperti polis dan sebagainya boleh mengambil tindakan undang-undang kalau berlaku kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan negeri terutamanya Pulau Pinang supaya dapat mengguna pakai Akta 342.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan