JDT diangkat juara Piala Sumbangsih, raih tiga mata tanpa perlu ‘berpeluh’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC (SFC) esok dibatalkan susulan keputusan SFC untuk tidak hadir menyertai perlawanan terbabit.

Menerusi satu kenyataan pada Khamis, badan pengendali liga itu mengumumkan skuad Harimau Selatan turut mendapat tiga mata pertama bagi musim 2024/25 tanpa perlu ‘berpeluh’.

Bagaimanapun, MFL menjelaskan perkara lain berkenaan penarikan diri SFC itu akan diputuskan selepas mesyuarat bersama Ahli Lembaga Pengarah MFL.

“Keputusan SFC itu dimaklumkan menerusi surat rasmi yang dihantar kepada MFL sekali gus menyaksikan JDT bakal diberikan kemenangan ‘walkover’ dengan jaringan 3-0 dan mendapat tiga mata bagi perlawanan Liga Super (LS1).

“Perkara-perkara lain juga berkenaan penarikan diri itu akan dibawa ke peringkat Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi tindakan selanjutnya,” kata MFL seperti dilapor BH.

Terdahulu, skuad bimbingan Nidzam Jamil itu memutuskan untuk ‘tidak hadir’ ke perlawanan Piala Sumbangsih berdepan JDT yang dijadual berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, esok.

Keputusan itu dibuat kelab terbabit selepas MFL menolak permohonan mereka untuk menunda aksi berkenaan.

Selangor FC dalam kenyataan, malam tadi memaklumkan keputusan sukar untuk tidak hadir ke perlawanan itu diambil selepas penelitian dan perbincangan terperinci dengan pelbagai pihak.

SFC sebelum ini mengemukakan permohonan kepada MFL untuk menunda aksi Piala Sumbangsih atas faktor keselamatan namun permohonan itu ditolak MFL yang menjelaskan semua perlawanan minggu ini akan berlangsung mengikut jadual ditetapkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat