Mengenang 9 Mei, Jangan Ulang Silap 4 Tahun Lepas

Datuk Seri Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Memperingati tarikh 9 Mei 2018, empat tahun lalu rakyat diingatkan tidak mengulang kesilapan sama pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) empat tahun lalu sewajarnya dijadikan pengajaran dan tidak diulang kembali.

“9 Mei 2018, empat tahun lalu. Ramai yang tersilap pilih.

“Rakyat akhirnya merintih,” katanya.

Ahli Parlimen Pontian itu mengingatkan rakyat supaya tidak mengulangi kesalahan sama yakni mengundi Pakatan Harapan (PH).

“Tidak akan diulangi kesilapan begini, ayuh bangkit kembali,” seru beliau.

Ahmad mengenang peristiwa 9 Mei 2018 memandangkan hari ini 9 Mei 2022 iaitu empat tahun berlalu selepas pengundi memberi kemenangan kepada PH sehingga mencetuskan pelbagai polemik politik dan siri pertukaran Perdana Menteri dan parti memerintah sepanjang tempoh berkenaan.