Serangan Tentera Israel Di Masjid Al-Aqsa Satu Tindakan Keji Dan Tidak Berperikemanusian – Exco Pemuda UMNO

- Advertisement -

CYBERJAYA: Exco Pemuda UMNO Malaysia, Hafiz Ariffin mengecam serangan Tentera Israel terhadap umat Islam Palestin yang sedang beribadah di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis tanpa rasa malu dan hormat terhadap Islam dan masyarakat dunia.

Beliau menyelar tindakan Tentera Israel tersebut sebagai keji dan tidak berperikemanusiaan.

“Betapa zalimnya tentera penjajah Israel serta pendatang haram yahudi. Di kala umat Islam sedang beribadah di 10 malam terakhir Ramadan, mereka serang dan ceroboh Masjid suci Al-Aqsa tanpa sedikit pun malu serta hormat terhadap Islam dan masyarakat dunia. Sekurang-kurangnya 170 orang rakyat Palestin tercedera dalam serangan tersebut.” Katanya di laman Facebook.

Menurut beliau lagi, Inilah wajah sebenar Israel. Mereka tidak lekang dari tindakan tidak bertamadun dan rakus mencabuli hak rakyat Palestin bagi memiliki sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sembrong berharap pendirian Malaysia melalui YB Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien yang mahu Israel dipertanggungjawabkan kerana telah mencabuli hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa mesti turut menjadi pendirian setiap negara di seluruh dunia.

“Tindakan pengusiran secara besar-besaran secara paksa oleh Israel boleh membawa kepada “jenayah perang” bedasarkan amaran yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Israel tidak boleh terus diberi muka. Mereka boleh menafikan sebanyak mana yang mereka mahu namun hakikatnya mereka tetap penceroboh dan pendatang haram di bumi Palestin. Sebab itu, perjuangan rakyat Palestin untuk mengecapi kebebasan mutlak mesti juga menjadi perjuangan sejagat!,” tegasnya.

Terdahulu, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan dan serangan tentera Israel di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis.

Ketegasan Malaysia itu disuarakan oleh Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien dan menyifatkan tindakan tentera Israel di Masjid Al-Aqsa itu adalah zalim dan perlu dikecam sekeras-kerasnya.

“Pencerobohan dan serangan tentera penjajah Israel serta pendatang haram yahudi ke atas rakyat Palestin dan para jemaah yang beribadah di Masjid Al-Aqsa semalam adalah zalim dan perlu dikecam sekeras-kerasnya.

” Pencerobohan yang disasarkan terhadap para jemaah yang sedang menunaikan solat di hari-hari terakhir Ramadan merupakan satu bentuk penghinaan terhadap umat Islam dan nilai kemanusiaan, kerajaan Israel mesti dipertanggungjawabkan ke atas pelanggaran hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa ini,” kata Hishammuddin melalui Facebooknya. –SuaraTV

Baca lagi :

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat