Bagi peminat aksi ekstrem, adrenalin, dan pengalaman keluarga yang menyeronokkan, Hot Wheels Monster Trucks Live™: Glow-N-Fire akhirnya membuat penampilan sulungnya di Asia dan Malaysia menjadi lokasi pembuka tirai! Pertunjukan mega ini akan berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil, pada 16 dan 17 Oktober 2026 dengan tiga persembahan yang pasti menggetarkan hati pengunjung dari semua peringkat umur.
Glow-N-Fire bukan sekadar pertunjukan trak besar; ia adalah pesta visual dan bunyi yang memukau, di mana Hot Wheels Monster Trucks kegemaran penonton “hidup” di arena. Dari Mega Wrex™ yang menakutkan, hingga Tiger Shark™, Gunkster™, Bone Shaker™, Bigfoot® dan Skelesaurus™, setiap trak direka dengan ukuran epik, warna yang mempesonakan, dan aksi melompat, berputar, serta berani yang mencabar graviti.
Jelajah Asia ini juga memperkenalkan Rhinomite, trak terbaru yang diinspirasikan oleh kekuatan dan ketahanan badak, lengkap dengan rekabentuk “dinamit” yang membuat penonton terkesima. Salah satu aksi paling dinanti-nantikan adalah No-Handed Front Flip yang dilakukan oleh penunggang FMX profesional, sebuah aksi ekstrem yang belum pernah dipertontonkan di mana-mana pertunjukan Hot Wheels sebelum ini. Setiap lompatan, putaran, dan hentakan direka untuk membuat penonton merasa seolah-olah mereka berada di tengah-tengah aksi.

Bagi mereka yang ingin pengalaman lebih dekat, Hot Wheels Monster Trucks Live™ menawarkan Akses Pra-pertunjukan VIP. Akses ini membolehkan pengunjung memasuki arena sebelum persembahan bermula, melihat rekabentuk trak dengan lebih dekat, mengambil gambar, dan berinteraksi dengan pemandu serta bintang pertunjukan. Setiap VIP juga menerima kad autograf eksklusif, menjadikan pengalaman ini kenangan yang tidak akan dilupakan oleh peminat dari semua peringkat umur.
Glow-N-Fire direka untuk memberi keseronokan kepada seluruh keluarga. Kanak-kanak boleh menyaksikan aksi yang mengujakan sambil belajar menghargai kreativiti dan inovasi dalam rekaan trak, manakala ibu bapa turut dihiburkan dengan aksi lasak yang memacu adrenalin. Cahaya Glow-N-Fire, kesan bunyi yang menggegarkan arena, dan lompatan monster trucks yang dramatik menjadikan setiap persembahan sebagai pengalaman hiburan yang lengkap.
Jadual Pertunjukan
- Jumaat, 16 Oktober 2026, 8:00PM | VIP: 5:30PM-7:00PM
- Sabtu, 17 Oktober 2026, 1:00PM | VIP: 10:30AM-12:00PM
- Sabtu, 17 Oktober 2026, 8:00PM | VIP: 5:30PM-7:00PM

Tiket akan mula dijual pada 16 April 2026, jam 8:00AM melalui Tri-Tix.com, dengan harga bermula daripada RM118. Pilihan harga kanak-kanak juga tersedia, menjadikan pengalaman ini pilihan ideal untuk keluarga. Tambahan lagi, pembelian tiket di Pavilion Bukit Jalil antara 16 hingga 26 April memberi peluang kepada pembeli pertama untuk menikmati diskaun 10% serta hadiah misteri Hot Wheels Monster Trucks terhad kepada 100 pembeli pertama sahaja.
Glow-N-Fire telah memenangi anugerah Pollstar Family Show of the Year 2025 di Amerika Utara dan kini mengekalkan momentum jelajah global ke Asia. Malaysia dipilih sebagai lokasi pembuka tirai Asia kerana sambutan hangat terhadap acara keluarga dan hiburan ekstrem, menjadikan pengalaman ini satu peluang unik untuk penonton Asia melihat sendiri spektakel monster trucks yang terkenal di seluruh dunia. Selepas Malaysia, jelajah ini akan meneruskan perjalanan ke lokasi lain di Asia, termasuk Singapura, Thailand, dan Jepun.
Para peminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dan membeli tiket melalui laman rasmi di HotWheelsMonsterTrucksLive.com . Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertunjukan mega monster truck paling epik di dunia, di mana aksi, cahaya, dan keseronokan bersatu mencipta pengalaman yang akan dikenang seumur hidup.



