Jangan beli beras melebihi keperluan, usah panik bekalan cukup – Mat Sabu

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli beras melebihi keperluan bulanan.

Hal ini memandangkan bekalan bahan makanan itu di negara ini kekal stabil.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pembelian secara panik susulan krisis di Asia Barat boleh memberi gambaran seolah-olah berlaku kekurangan bekalan di pasaran walaupun bekalan sebenarnya mencukupi.

“Kalau kebiasaan kita makan dua kampit beras sebulan, kekalkan dua kampit itu. Jangan beli sampai empat atau lima kampit kerana pembelian panik boleh menyebabkan kemerosotan bekalan di pasaran dan akan ada peniaga yang naikkan harga,” lapor Bernama di Sri Aman.

Mohamad berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan beras negara mencukupi dan dijangka kekal stabil sekurang-kurangnya hingga hujung tahun ini.

“Beras kita insya-Allah tidak ada masalah sekurang-kurangnya sampai hujung tahun ini dengan harga yang ada sekarang, jadi saya ingin tegaskan sekali lagi jangan ada pembelian panik,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat