Pemimpin Umno, DAP dinasihati tak ekstrem beri pandangan terkait agama dan kaum- Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menasihati pemimpin politik agar tidak ekstrem dalam memberikan pandangan berkait isu agama dan perkauman.

Sultan Ibrahim hari ini menerima kunjungan dari Umno dan DAP melibatkan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan; Pengerusi Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh dan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong.

Istana Negara memaklumkan, sesi menghadap bersama Seri Paduka Baginda bertumpu kepada perkembangan semasa berkaitan isu-isu sensitiviti agama dan kaum.

“Saya ingin menasihati semua pihak untuk memberi tumpuan untuk mengajak rakyat ke arah perpaduan, bukannya perpecahan. Saya ingin melihat rakyat bersatu padu dengan harmoni.

“Saya berharap pemimpin politik tidak ekstrem dalam memberikan pandangan tentang isu-isu agama dan perkauman.

“Bukan hanya Umno dan DAP, tetapi juga semua parti. Pemimpin mesti menjadi jambatan atau penghubung antara rakyat majmuk negara kita dengan contoh perilaku yang matang,” titah Sultan Ibrahim pada Selasa.

Menurut Yang di-Pertuan Agong, kejadian baru-baru ini sepatutnya membuka mata semua pihak bahawa semua lapisan rakyat mempunyai tanggungjawab menjaga perpaduan negara.

Titah Sultan Ibrahim lagi, perpaduan yang jitu dalam kalangan rakyat akan menjadi pemangkin kepada kesejahteraan sejagat Malaysia.

“Menjelang Hari Raya yang mulia ini, bermaaf-maafanlah antara satu sama lain dan buka lembaran baharu,” titah Seri Paduka Baginda.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat