Syasya berundur dari kumpulan DOLLA atas sebab peribadi.

- Advertisement -

Syasya, atau nama sebenar Noor Syasya Afiqah Shahrizal, 23, ahli kumpulan M-pop DOLLA, telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut atas sebab peribadi.

DOLLA yang ditubuhkan pada tahun 2019 di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia, mula mencuri perhatian peminat muzik tempatan dengan single pertama mereka ‘DOLLA Make You Wanna’ yang dilancarkan pada 20 March 2020. Sehingga kini, DOLLA telah mengeluarkan enam single solo, termasuk hits seperti Impikan, BAD, dan satu album penuh berjudul New Classic pada November 2023.

Kumpulan yang turut dianggotai oleh Angel, Sabronzo dan Tabby ini  pernah merangkul anugerah Top Meletop Kumpulan/Duo di Anugerah Meletop Era 2021, selain dinobatkan sebagai Kolaborasi/Artis Berkumpulan Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) tahun 2022 serta Lagu Trending Tergempak dan Video Muzik Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2023.

Menurut Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, “Walaupun kami berasa berat hati menerima keputusan Syasya, pihak kami tetap menghormati pendirian beliau dan sentiasa mengharapkan yang terbaik buat Syasya. Sementara itu, tiga lagi ahli kumpulan DOLLA iaitu Angel, Sabronzo dan Tabby, akan meneruskan perjuangan seni buat peminat di dalam dan luar negara.

Malah, tahun ini pihak Universal Music Malaysia telah membuat pelbagai perancangan untuk memastikan kumpulan ini menempah nama di persada muzik Asia Tenggara, dan kami tetap akan meneruskan perancangan tersebut.”

“Tentulah kami berasa sedih dengan perkembangan ini, tapi kami sudah sepakat akan memberikan sokongan penuh kepada Syasya walau apa jua keputusan beliau”, ujar Tabby.

Selain itu, Sabronzo pula berkata mereka tetap akan memberikan komitmen penuh untuk menjayakan segala perancangan DOLLA sebagai kumpulan.

Keakraban keempat-empat ahli kumpulan DOLLA ini diungkapkan oleh Angel yang berkata, “Hubungan kami sangat erat dan kami tetap anggap Syasya sebagai keluarga DOLLA. Persahabatan yang dibina selama ini tidak akan terputus begitu saja”.

Baru-baru ini, DOLLA telah dipilih untuk mewakili Malaysia dalam satu rancangan baharu di China – ‘Show It All’ – yang menampilkan Lay Zhang, ahli kumpulan EXO sebagai penerbit eksekutif. Rancangan ini disiarkan melalui salah satu stesen televisyen utama negara tersebut MangoTV.

Universal Music Malaysia berharap peminat DOLLA dan pihak media akan terus memberi sokongan penuh terhadap kerjaya DOLLA.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat