Nikmati hidangan unik Thailand di High Line Rooftop Market sempena Festival Songkran ini!

- Advertisement -

Resorts World Genting kembali memeriahkan sambutan Tahun Baru Thai dengan menghadirkan pengalaman kulinari unik dari Thailand di High Line Rooftop Market, SkyAvenue, Aras 4, Resorts World Genting.

Nikmati pelbagai hidangan Thailand serta promosi istimewa makanan dan minuman dari Thailand yang kami tawarkan mulai sekarang hingga 30 April 2024.

Promosi ini menawarkan setiap hidangan yang menampilkan pelbagai hidangan Thai yang lazat bermula dari harga RM24 hingga RM55. Antara hidangan utamanya termasuk ayam panggang Thai dengan sos Thai (Kai Yang), sate ayam panggang Thai dengan sos Thai (Kai Ping), dan sate daging lembu panggang Thai yang sedap dimakan dengan sos Thai (Neua Ping). Penggemar makanan laut pasti akan teruja dengan hidangan ikan Tilapia goreng yang disajikan dengan herba segar.

Untuk pengalaman citarasa yang lebih unik, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan sotong goreng (Pak Kra Pao Pla Mird) dan udang goreng (Pak Kra Pao Kung) yang dimasak dengan sentuhan rempah daun selasih.

Sertai kami untuk menikmati hiburan yang meriah dengan pelbagai persembahan langsung yang menakjubkan. Saksikanlah persembahan Flash Mob pada jam 8:30 malam dan 11:30 malam yang eksklusif hanya berlangsung selama dua malam pada 12 dan 13 April.

Anda juga berpeluang menikmati muzik secara langsung dari NRG Band mulai jam 8:30 malam hingga 1:50 pagi disertai oleh penari-penari mulai jam 9 malam. Untuk mengakhiri malam Festival dengan penuh semangat, jangan lepaskan irama DJ Antarabangsa, Dream Mayrita pada jam 11 malam.

Jangan lupa kunjungi High Line Rooftop Market untuk menikmati Festival Songkran di Resorts World Genting pada bulan April ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari rwgenting.com atau saluran media sosial rasmi kami.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat