200 Asnaf Padang Besar Terima Sumbangan YBR

- Advertisement -

CYBERJAYA – Prihatin kepada mereka yang kurang bernasib baik, Yayasan Bank Rakyat (YBR) tampil ke hadapan dengan menganjurkan Program Pemberian Bakul Makanan Kepada 200 buah Keluarga Asnaf Sempena Bulan Ramadan Di Sekitar Perlis dalam usaha menyantuni golongan asnaf disamping mengeratkan silaturrahim.

Bagi memudahkan pemberian bantuan, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani telah hadir menyantuni sendiri 200 keluarga Asnaf ini dari rumah ke rumah.

Turut hadir sama dalam sesi perasmian ini adalah Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Padang Besar, Rizal Ismail serta Pengurus Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

“Terima kasih kepada pihak YBR kerana turun padang melawat mereka yang kurang bernasib baik dan diharapkan bantuan yang diagihkan dapat memberi sinar keceriaan di bulan Ramadan serta sebagai persiapan dalam menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang,

“Saya berharap lebih banyak program- program sebegini dapat diadakan sekaligus dapat merapatkan lagi ukhuwah di antara organisasi luar dengan masyarakat di Padang Besar ini,” kata Rizal Ismail dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, peka dengan nasib mereka yang memerlukan, Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Syaiful Rizal dalam kenyataannya berkata, bantuan khas ini diberikan kepada setiap keluarga Asnaf serta anak yatim yang telah dikenalpasti melalui Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Padang Besar bagi memudahkan proses pemberian bantuan.

Tambah beliau lagi, bantuan yang melibatkan 200 keluarga asnaf ini dapat memberi sedikit kelegaan serta membantu dalam dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang bulan Ramadan.

“YBR amat menitikberatkan golongan yang memerlukan bantuan terutama anak yatim, asnaf dan gelandangan yang kurang mendapat perhatian daripada masyarakat luar dan YBR akan sentiasa berusaha untuk memperbanyakkan lagi bantuan-bantuan lain bagi meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik,” katanya.

Jelas Syaiful lagi, “usaha ini bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan malahan diharapkan menjadi pemangkin kepada organisasi lain untuk turut sama menyantuni mereka yang tidak bernasib baik dalam mengharungi kehidupan dan ekonomi yang semakin mencabar”.

Program Pemberian Bakul Makanan Kepada Keluarga Asnaf Sempena Bulan Ramadan Di Sekitar Perlis ini melibatkan peruntukan setiap keluarga sebanyak RM150, diharapkan sambutan Ramadan pada kali ini akan membawa keberkatan kepada semua umat islam khususnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat