Bekas Menteri Besar Dijangka Didakwa Di Mahkamah Esok

- Advertisement -

KANGAR – Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, esok atas pertuduhan di bawah Akta 18 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM menghantar nota jemputan kepada media untuk membuat liputan membabitkan tuduhan terhadap seorang bekas Menteri Besar.

Mengikut nota itu, bekas Menteri Besar berkenaan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kangar pada jam 8.30 pagi.

Tokoh politik itu pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh pada 2013 hingga 2018, sebelum memenangi kerusi DUN Bintong dari 2018 hingga tahun lalu dan kemudian tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Beliau didakwa atas tuduhan mengemukakan atau mengesahkan dokumen mengandungi butiran palsu.

Sumber berkata, kes itu sudah didaftarkan untuk pertuduhan di Mahkamah Sesyen 1, Kangar. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat