Koperasi Polis Jangan Jadi Seperti Ahlong Rayu Ahli

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad dikatakan enggan menawarkan skim moratorium kepada ahli yang membuat pinjaman.

Menurut maklumat yang diterima, pihak koperasi bukan sahaja enggan menangguh bayaran pinjaman, sebaliknya menawarkan ‘hutang baharu’ kepada ahli.

“Semua Bank di Malaysia dah tangguh bayaran balik pinjaman (moratorium) selama 6 bulan kepada pemimjam malah Koperasi Tentera juga telah benarkan penangguhan pinjaman selama 6 bulan bermula April.

“Tapi Koperasi Polis tak nak tangguhkan bayaran pinjaman sebaliknya tawar hutang baru kepada pegawai dan anggota Polis yang mana mereka boleh pinjam RM3,000 dengan menggunakan nama Pinjaman Prihatin,” ujar salah seorang ahli koperasi tersebut.

Menurut individu yang enggan mendedahkan identitinya itu, disaat negara sedang dilanda krisis wabak Covid-19, pihak koperasi diminta agar lebih prihatin dan bukannya bertindak seperti ‘ahlong’.

“Pegawai dan anggota Polis bukannya nak tambah hutang time Covid-19 ni, kami kalau boleh nak berjimat cermat untuk menyara keluarga bagi berdepan dengan keadaan darurat Covid-19. Tangguhkanlah (pinjaman dan tawarkan) moratorium dan bukannya buka hutang baru.

“Dalam keadaan yang sukar hari ini diharapkan Koperasi Polis mengikut saranan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta semua yang berkaitan pinjaman menangguhkan pembayaran 3-6 bulan.

“Koperasi Tentera boleh kenapa tidak Koperasi Polis? Ketua Polis Negara sepatutnya ambil berat kesusahan dan kepayahan pegawai dan anggota dibawah. Ramai terjejas hari ini apatah lagi jangan jadikan Koperasi Polis ni macam syarikat pinjaman Ahlong,” ujarnya lagi.

SuaraTV cuba menghubungi pihak koperasi bagi mendapatkan maklumbalas, namun gagal kerana talian tersebut dikatakan terlalu sibuk dengan panggilan para ahli.

Sementara itu carian di laman web mendapati, Koperasi Polis yang ditubuhkan pada 24 April 1928 itu bertujuan untuk membantu dan mengurangkan bebanan kewangan anggota polis.

Selain menjana keuntungan ia juga bertujuan untuk memastikan kebajikan ahli.

Sistem Potongan Gaji Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) sebelum ini turut merayu agar semua 580 koperasi kredit dan perbankan komersial menawarkan moratorium sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan.

Penangguhan sementara bayaran ansuran bulanan itu perlu, kerana majoriti rakyat terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan berbanding pelanggan di sektor awam. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat