Malaysia tunduk kepada China?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Reaksi lemah Malaysia terhadap rondaan kapal pengawal pantai China dalam Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) menimbulkan persoalan sama ada Malaysia telah bersedia memejam sebelah mata bagi mengekalkan hubungan ekonomi dengan Beijing dan berharap status quo di Laut China Selatan kekal.

Sementara China dan Filipina terlibat dalam beberapa insiden di Laut China Selatan, rondaan serupa oleh kapal-kapal China dalam Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE), Putrajaya hanya memberi reaksi rasmi yang kurang bersemangat.

Malahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, secara terbuka (Malaysia’s prime minister resists US pressure and says Malaysians don’t have a problem with China) menyatakan Malaysia tidak mempunyai sebarang masalah dengan China.

Ini berbeza dengan laporan-laporan penganalisis keselamatan serantau. Menurut SeaLight, sebuah projek Universiti Stanford yang memberi tumpuan kepada aktiviti zon kelabu di Laut China Selatan, Pada 17 Februari lalu kapal Pengawal Pantai China(China Coast Guard) 5403 berlayar di sepanjang pantai Malaysia untuk memulakan tempoh pengawal yang menyelidik ke dalam tapak minyak dan gas negara Malaysia. Pengawasan ini masih berlanjutan.

Profesor Madya dalam bidang falsafah di Universiti Hong Kong dan penasihat strategi untuk badan pemikir Oxford Global Society, Brian Wong, menyatakan bahawa sementara Malaysia menganggap Laut China Selatan sebagai sebahagian utama daripada kepentingan keselamatannya, negara tersebut berhati-hati terhadap sebarang percubaan terang-terangan untuk mempolitikkan atau mengubah status quo di kawasan tersebut.

“Keseimbangan yang tidak stabil ini adalah sesuatu yang diinginkan oleh Putrajaya untuk dikekalkan,” katanya, menambah bahawa pihak pentadbiran “tidak percaya bahawa konfrontasi langsung dan eskalasi tidak terkawal di kawasan ini sesuai dengan kepentingan geopolitiknya”.

Ray Powell, pengarah SeaLight, projek Universiti Stanford yang memberi tumpuan kepada aktiviti zon kelabu di Laut China Selatan, menyatakan bahawa Malaysia telah mengambil pendekatan berhati-hati terhadap “pengawasan penyelidikan berterusan” China di tapak minyak dan gas di lepas pantai, yang jelas berada di kawasan landasan benua Malaysia dalam ZEE yang sah.

“Walaupun ini menjadikan pertikaian maritimnya dapat diuruskan, ia juga memenuhi hasrat China untuk menjadikan ‘hak’nya untuk beroperasi di sana sebagai sesuatu yang normal dan menegaskan bidang kuasanya,” katanya.

“Strategi zon kelabu Beijing bergantung kepada penampilan persetujuan jiran-jirannya supaya ia boleh secara beransur-ansur meningkatkan kehadirannya dan pada akhirnya mengukuhkan kawalan sepanjang tuntutan maritimnya yang luas.”

Kebimbangan mereka yang mengikuti isu ini ialah sikap tidak apa Malaysia bukan sahaja akan menjejaskan tuntutan ke atas kawasan bertindan pada masa akan datang tetapi juga memberi gambaran tidak jelas mengenai kedudukan Petronas dalam cari gali minyak dan gas di Laut China Selatan. – SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat