China lancar serangan siber ke atas Malaysia?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Media South China Morning Post (SCMP) melaporkan terdapatnya serangan siber ke atas operasi Malaysia di Laut China Selatan oleh pasukan penggodam China bagi menyokong operasi pasukan pengawal pantai China di kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.

Menurut pakar yang dipetik oleh SCMP, terdapat  petunjuk bahawa Beijing menggunakan serangan siber untuk menyokong operasi zon kelabu (kawasan ZEE negara lain yang  terletak dalam peta sembilan sengkang (Nine Dash Line) China).

Menurut laporan tersebut lagi serangan siber ini termasuk usaha untuk menghalang Malaysia daripada membangunkan tapak gasnya.

Sarjana inovasi pertahanan di Pusat Inovasi Keselamatan Kebangsaan Gordian Knot di Stanford, Gaute Friis, “here were indications Beijing was using cyber espionage to support its kinetic grey zone operations in the South China Sea, including to prevent Malaysia from developing its subsea gas fields.

Menurut Friis lagi, “China telah berusaha melakukan serangan siber tanpa henti ke atas jiran-jiran di Asia Tenggara termasuk bagi menganggu operasi syarikat tenaga di pesisir pantai Kasawari.

Projek Eksplorasi Gas Kasawari terletak di Laut China Selatan berhampiran Sarawak dibangunkan oleh syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas.

Menurut Friis lagi, penyelidik di Proofpoint (pembekal keselamatan siber) mengklasifikasikan “dengan keyakinan sederhana” (with moderate confidence) bahawa gangguan siber kepada syarikat yang terlibat dalam kejuruteraan, pengekstrakan gas asli, atau pengeksportan produk gas asli bagai kawasan Kasawari” dilakukan penggodam siber Kementerian Keselamatan China yang beroperasi di Hainan.

Februari lalu, portal Free Malaysia Today mendedahkan Malaysia antara negara yang menjadi sasaran pencerobohan siber dari negara China.-SUARA TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat