Dakwa Muhyiddin Untuk Alih Perhatian Kes RoS Umno- Tuan Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pendakwaan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa usaha mengalih perhatian rakyat daripada terus membahaskan kes Umno dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pendakwaan ke atas pimpinan-pimpinan Perikatan Nasional (PN) ini lebih kepada mengalihkan perhatian rakyat daripada isu RoS yang dihadapi Umno dan juga usaha-usaha modal kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

“Kita cuma harapkan siasatan yang telus kepada pimpinan dan kita harapkan apa yang cuba dikaitkan dengan soal integriti Perikatan Nasional (PN).

“Fokus sebenarnya Bagi kita ini usaha-usaha dibuat bagi menghadapi PRN tidak lama lagi.

“Semua usaha untuk mengalih perhatian daripada isu RoS yang dihadapi oleh Umno khususnya dan mereka membuat pendakwaan pada hari ini
tidak lain tidak bukan untuk mengalih isu,” katanya di luar pekarangan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Khamis.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu bagaimanapun berharap, pimpinan PN akan selamat daripada pendakwaan di mahkamah.

“Kita yakin pimpinan kita akan selamat dan tidak ada pendakwaan di mahkamah.

“Apa pun kita harapkan perlindungan Allah,” ujarnya.

Tuan Ibrahim juga sempat menitipkan pesan kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar fokus melaksanakan tanggungjawab terhadap negara berbanding sibuk melakukan pendakwaan dan saman.

“Rakyat perlukan kerajaan move ke depan melaksanakan tanggungjawab terhadap negara bukan hanya tumpu kepada dakwaan demi dakwaan tuduhan dan tindakan saman kepada TikTokers.

“Saya fikir ini dah lari fungsi, bila dah menang pilihan raya move la. Rakyat dah beri mandat, kerajaan pun dah ada. Aturlah masa depan negara bukan fokus isu siasatan dan dakwaan, inilah Kerajaan PMX,” keluh beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat