171 Keluarga Mangsa Banjir Johor Terima Bantuan YBR

- Advertisement -

CYBERJAYA – Seramai 171 keluarga yang terkesan akibat banjir di sekitar Segamat, Johor telah menerima bantuan tunai dari Yayasan Bank Rakyat (YBR).

Bantuan sebanyak RM44,200 yang disediakan dan setiap keluarga mangsa banjir akan menerima RM200.

Majlis penyerahan bantuan kepada mangsa banjir telah disempurnakan oleh Penaung Persatuan Belia Generasi Merdeka, Datuk Bastien Onn di Dewan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam, Gemereh Segamat.

“Terima kasih kepada pihak YBR kerana menyantuni mereka yang terkesan dan diharapkan dana yang diagihkan dapat digunakan bagi mendepani musibah banjir dan menjalani kehidupan harian seperti biasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, bantuan khas ini diberikan kepada setiap keluarga yang telah dikenalpasti melalui Persatuan Belia Generasi Merdeka bagi memudahkan proses pengagihan bantuan.

Beliau berharap, bantuan itu dapat membantu ketua keluarga yang terjejas dan pihak YBR akan mengusahakan lebih banyak bantuan bagi meringankan beban mereka yang terkesan di kawasan lain yang terjejas.

“Pihak kami amat bersimpati dengan kerugian yang dialami disebabkan oleh bencana ini dan sedikit sebanyak ia dapat membantu mereka dalam menyediakan keperluan asas pasca banjir,” katanya.

Turut hadir dalam majlis penyerahan bantuan ini ialah Ketua Kampung Bukit Kledang, Supardi Jumat dan Wakil Komuniti Bendahara Kg Lubuk Batu, Mohd Ismail Abd Latip

Hadir sama adalah Pengurus Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin yang mewakili Yayasan Bank Rakyat.

Tambah beliau lagi, usaha murni ini diharapkan dapat memberi sedikit kegembiraan buat mereka yang terkesan dalam meringankan urusan kewangan bagi menguruskan persediaan anak-anak yang bakal kembali ke sekolah pada pertengahan Mac ini.

Pada tahun 2022, Yayasan Bank Rakyat telah memperuntukkan sebanyak lebih RM800,000.00 bagi pemberian sumbangan dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik serta bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi penerima melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat