Azalina reformis sebagai menteri tapi apologis dalam parti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Calon tunggal wanita yang merebut jawatan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said disifatkan sebagai dua individu berbeza dalam kerajaan dan di dalam parti Umno.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan Azalina sangat bagus sebagai menteri terutamanya dalam agenda reformasi institusi namun perwatakan apologis di dalam parti.

“Azalina membawa imej baru untuk isi Naib Presiden Umno dari segi gender malah dari segi progresif reformasi institusi. Kerja dia sebagai menteri memang bagus, ikut kriteria memang bagus.

“Tetapi Azalina dalam kerajaan dan Azalina dalam parti adalah orang yang berbeza. Sebab dalam parti dia adalah apologis Zahid.

“Jadi dia tak menggambarkan seorang reformis seperti mana beliau adalam dalam kerajaan,” kritik Khairy dalam podcast Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan yang disiarkan pada Khamis.

Secara rumusannya, menurut Khairy dalam kerajaan Azalina adalah reformis namun dalam Umno beliau apologis.

“Oleh sebab itu, tidak untuk Azalina bagi parti.

“Sebagai menteri okey, teruskan dengan reformasi intutusi,” katanya.

Tegas Khairy,imej Umno bangkit yang ingin dilihat ialah “independed minded” bukannya apologis. -Suara.TV

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat