Saya harap Hasni antara pemenang Naib Presiden – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Ir Hasni Mohamad adalah pilihan utama calon Naib Presiden Umno yang disokong Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana beliau bukan seorang “Yes Man”.

Hal ini menurut bekas Menteri Kesihatan itu, calon Naib Presiden Umno wajar memainkan peranan semak dan imbang, teknoratik dan ada ketokohan serta menggambarkan perasaan akar umbi.

“Nombor satu calon pilihan saya ialah Datuk Seri Hasni Mohamad, kerana beliau bagi saya adalah seorang yang menggambarkan mood the ground.

“Beliau bukan “yes man” dan telah keluarkan kenyataan yang minta supaya parti berdepan dengan realiti sekarang iaitu penolakan rakyat.

“Hasni bukan pengampu dan Hasni sebenarnya telah mencatat kemenangan yang bagus dan cemerlang di PRN Johor tetapi oleh kerana keadaan tertentu beliau tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar Johor,” jelas Khairy dalam podcast Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan yang dimuat naik pada Khamis.

Khairy menggambarkan Hasni seorang yang setia kepada parti meskipun dinafikan hak untuk dilantik semula sebagai Menteri Besar Johor walaupun telah menjadi poster boy pada kempen pilihan raya negeri itu.

“Dia (Hasni) ada kesetiaan kepada parti, dia tak lari, terima dengan baik dan dia sokong Datuk Onn Hafiz sebagai Menteri Besar dan dia dipindah ramai yang tak tahu dari kawasan dia sendiri di Pontian dia pi Simpang Renggam.

“Hasni bukan sahaja menang di PRN sebagai poster boy sebagai pemimpin Johor tetapi dia ada keberanian untuk pergi ke Simpang Renggam rampas kerusi pembangkang dan dia bukan yes man jadi sebab itu saya mahu Datuk Hasni dipilih sebagai Naib Presiden.

“Malah kalau kita jumpa Hasni dia sangat humble, cara dia jalan pun kita tahu dia pemimpin pembawakan dia bukanlah seorang yang angkuh atau agah tapi tahu dia pemimpin cara dia cakap di Parlimen lembut tetapi sampai mesej dia dan mempunyai pengaruh tersendiri,” puji beliau lagi.

Sementara itu, Shahril turut mencelah dan memuji kehebatan Hasni.

“Sewaktu kempen PRN Johor saya bantu Hasni di sana, saya nampak waktu itu Datuk Hasni begitu managerial… dia details oriented, dia tahu apa dia nak dari segi polisi dan manifesto.

“Dia yang mengajar orang tentang manifesto bukan orang kena mengajar (brief) dia,” kongsi Shahril pula.

Khairy juga menyatakan sikap diplomasi Hasni ketika beliau menjawat Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19.

“Hasni MB Johor, saya Menteri Penyelaras Vaksin, dia bantu buka sempadan Tambak Johor. Sikap dia telah beri keyakinan kepada Singapura bagi saya dia jalankan tugas hebat.

“Beliau cuma perlu serlahkan diri sebagai figura nasional bukan sekadar pemimpin di Johor,” kata Khairy.

Dalam perkembangan sama, Khairy turut menamakan calon-calon favourite beliau yang lain untuk mengisi posisi Naib Presiden Umno.

Beliau menamakan Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Bahkan katanya jika boleh memilih empat calon, beliau mahu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Naib Presiden Umno.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat