“Jangan Terperangkap Seperti Perang Yaman ”

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak sewajarnya terperangkap dalam mana-mana operasi ketenteraan di luar negara yang tidak diberi mandat jelas daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tegas bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan timbalannya, Liew Chin Tong.

Dalam kenyataan bersama itu, mereka berkata, kepentingan rakyat Malaysia perlu diutamakan dalam pengendalian dasar luar negara kita.

Jelas mereka, nyawa anggota tentera kita juga tidak boleh digadaikan semata-mata kepentingan politik.

Hal demikian katanya, dalam usaha beliau melestarikan hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi, kami harap Malaysia tidak akan terlibat sekali lagi dalam perang di Yaman.

“Minggu ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melangsungkan lawatan rasminya ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Beliau telah dijemput untuk bertemu dengan Raja Arab Saudi, Yang Teramat Mulia Raja Salman bin Abdulaziz al-Saud dan Putera Mahkota Arab Saudi, Yang Mulia Mohammed bin Salman bin Abdulaziz al-Saud, dan dijangkakan membincangkan beberapa perkara berkaitan hubungan Saudi-Malaysia.

“Malaysia dan Arab Saudi mempunyai hubungan yang erat, tetapi pengendalian hubungan ini mestilah berteraskan prinsip neutraliti Malaysia.

“ Malangnya prinsip ini telah diabaikan oleh Menteri Luar Negeri Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, enam tahun yang lalu apabila beliau secara langsung telah melibatkan Malaysia dalam operasi ketenteraan ketika Perang Saudara Yaman,” katanya dalam kenyataan bersama itu.

Mohamad dan Chin Tong berkata, pada April 2015, pihak kerajaan telah melancarkan Ops Yaman 1. Operasi tersebut melibatkan dua buah pesawat C-130 Tentera Udara Malaysia Diraja yang diaturgerakkan ke Arab Saudi untuk membantu usaha memulangkan rakyat Malaysia di Yaman.

Manakala katanya, pada Jun 2015 pula, misi kontinjen ini telah berubah kepada membantu tentera gabungan yang diketuai Arab Saudi dalam memerangi kumpulan Houthi. Fasa ini dikenali sebagai Ops Yaman 2, dan ketika itu, kru C-130 TUDM diarahkan untuk menerbangkan alat ganti, peluru, dan bahan letupan untuk angkatan Saudi dan negara-negara sepakatnya.

“Dalam memo dalaman antara Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Kementerian Pertahanan dan Markas Angkatan Tentera, kerajaan telah dinasihatkan bahawa penglibatan ATM dalam perang di Yaman akan menjejaskan imej Malaysia di persada antara bangsa sebagai negara neutral. Malah, ia bercanggah juga dengan gerakan Global Movement of Moderates yang diangkat oleh mantan Perdana Menteri ketika itu juga.

“Selain itu, atur gerak unit tersebut turut melanggar prosedur eksekutif. Keputusan untuk melaksanakan Ops Yaman 2 tidak dibincangkan di peringkat Kabinet, dan peruntukan tambahan untuknya juga tidak dibahaskan di Parlimen.

“Arahan pemula ataupun initiating directive tidak dikeluarkan daripada Majlis Keselamatan Negara untuk membenarkan ketumbukan tersebut untuk terlibat dalam operasi ketenteraan yang diketuai Arab Saudi. Tambahan pula, pada ketika itu, Memorandum of Understanding on Defence antara Malaysia dan Arab Saudi yang menggariskan had dan terma rujukan ketumbukan tersebut di Arab Saudi masih belum ditandatangani,” ujarnya.

Katanya, jelas bahawa Ops Yaman 2 bukan sahaja salah dari segi prinsip, malah dari segi tatacara pelaksanaan juga.

“Angkatan Tentera Malaysia hanya diaturgerakkan ke luar negara untuk operasi pengamanan di bawah naungan PBB. Sejarah ATM penuh dengan penglibatan misi pengamanan di Congo, Lebanon, Bosnia-Herzegovina, Somalia, dan di sempadan Iraq-Kuwait untuk menguatkuasakan gencatan senjata setelah tamatnya Perang Teluk Pertama.

“Imej ATM di persada antarabangsa ini cukup membanggakan kita dan sewajarnya tidak dicemarkan,” tegas mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat