PM Dorong Agenda Digital & Kecerdasan Buatan Lebih Cepat, Bersepadu

CYBERJAYA – Perdana Menteri hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) Bil. 1/2026 dengan fokus mempercepat pelaksanaan agenda digital dan kecerdasan buatan (AI) negara.

Dalam mesyuarat tersebut, beliau menegaskan bahawa setiap kementerian dan agensi perlu mempertingkat serta mempercepat pelaksanaan keputusan-keputusan yang telah dipersetujui sebelum ini, termasuk persiapan pelancaran Malaysia Digital 2030 (MD2030) pada April 2026. Pelancaran ini dijangka menjadi pemacu utama transformasi digital dan AI, menuju ke arah menjadikan Malaysia sebuah Negara AI menjelang 2030.

Selain itu, mesyuarat turut membincangkan usaha memperhebat pendaftaran MyDigital ID, khususnya bagi aplikasi-aplikasi kerajaan, serta integrasi dan penyepaduan sistem sedia ada untuk memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih cekap, bersepadu, dan berteraskan keperluan rakyat.

Agenda lain termasuk pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Digital berkaitan Government Innovation Initiative (GII) yang berpotensi mempertingkat sistem kesihatan negara.

Tambah Perdana Menteri, input daripada Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (National AI Office, NAIO) menekankan kepentingan pembangunan dasar AI berasaskan bakat tempatan, melibatkan pelbagai sektor, dan memastikan peluang penyertaan inklusif kepada semua peringkat umur.

Beliau menegaskan bahawa langkah-langkah ini adalah penting bagi memastikan Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi digital global dan rakyat menerima manfaat daripada inovasi teknologi secara menyeluruh.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat