Selepas El Nino, La Nina menyusul dengan suhu sejuk luar biasa

- Advertisement -

MUMBAI – Fenomena La Nina yang menyebabkan suhu sejuk luar biasa sejuk di Lautan Pasifik dijangka muncul pada separuh kedua 2024, membawa taburan hujan yang tinggi ke Australia, Asia Tenggara dan India.

Fenomena itu juga akan mengakibatkan cuaca lebih kering di kawasan pengeluar bijirin dan minyak di benua Amerika, menurut Pusat Ramalan Cuaca dan Suhu Kebangsaan (CPC) di Amerika Syarikat (AS).

“Walaupun ramalan pada sepanjang musim bunga lazimnya kurang tepat, wujud kecenderungan dari segi sejarah bagi La Nina menyusuli El Nino.

“Sebelum ini, corak El Nino menyebabkan cuaca panas dan kering di Asia dan hujan yang lebih lebat di bahagian benua Amerika.

Sementara itu, Ketua Komodirti BMI, Sabin Chowdhury, berkata La Nina mungkin menjejaskan pengeluaran gandum dan jagung di AS, kacang soya dan jagung di Amerika Latin termasuk Brazil.

Tahun lalu, India selaku pembekal beras terbesar di dunia, mengehadkan eksport ruji itu berikutan monsun lemah, manakala pengeluaran gandum di Australia turut kesan.

Ladang kelapa sawit dan sawah padi di Asia Tenggara menerima hujan yang kurang daripada biasa.

Pegawai Jabatan Meteorologi India berkata La Nina memberi manfaat kepada monsun di India dengan membawa hujan yang lebih banyak ketika La Nina.

Monsun antara Jun hingga September, adalah penting untuk ekonomi AS$3 trilion (RM14.3 trilion) India, yang membawa hampir 70 peratus hujan yang diperlukan negara untuk menyuburkan tanaman dan menambah takungan bekalan air.

Sementara itu, Januari 2024 mencatatkan rekod bulan paling panas dalam sejarah Eropah, menurut kenyataan Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah (C3S).

Agensi berita Anadolu memetik kenyataan itu sebagai berkata, bacaan suhu itu adalah 0.70 darjah Celsius lebih tinggi berbanding pada 1991 hingga 2020, malah ia adalah 0.12 darjah Celsius lebih panas berbanding catatan pada Januari 2020.

Kenyataan itu menyebut, ia adalah bulan kelapan paling panas pernah direkodkan bagi bulan masing-masing dalam setahun.

Januari 2024 juga lebih lembap di kebanyakan bahagian Eropah, terutama dengan ribut melanda di utara serta barat daya.

Pada masa sama, Sepanyol, wilayah Maghreb, selatan United Kingdom, Ireland, timur Balkan dan kebanyakan tempat di Scandinavia pula cuacanya lebih kering. – AGENSI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat