MAFS Beri Inisiatif, Latihan Tingkatkan Penyertaan Pekerja Tempatan

- Advertisement -

PUTRAJAYA — Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) mengadakan pelbagai inisiatif dan latihan bagi meningkatkan penyertaan pekerja tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dalam sektor perikanan tangkapan.

MAFS melalui kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengunjurkan keperluan kru nelayan asing di Semenanjung Malaysia tahun ini sekitar 17,486 orang.

Menurut kenyataan itu, sehingga kini seramai 10,063 orang kru nelayan asing telah lulus Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

“Dalam masa yang sama, kebenaran diberikan kepada pengusaha vesel perikanan yang bermuatan 40 Gross Register Tonage (GRT) ke atas untuk menggunakan tenaga kerja asing, khususnya vesel pukat jerut bilis, vesel zon C (beroperasi lebih 12 batu nautika dari pantai), zon C2 (lebih 30 batu nautika) dan zon C3 (menangkap ikan tuna di Lautan Hindi).

“Prosedur kebenaran yang diberikan oleh DOF selama ini adalah berdasarkan peruntukan seksyen 10(1)(c) Akta Perikanan 1985, dengan syarat nelayan asing itu memiliki pasport sah daripada negara asal.

“Berdasarkan statistik tahun 2022 (sehingga November), terdapat 10 ribu nelayan asing yang bekerja di atas 3,000 buah vesel perikanan tempatan yang berlesen di seluruh negara,” katanya.

Secara keseluruhan, keperluan kru nelayan asing di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan adalah seramai 24,549 orang.

MAFS juga memaklumkan, kelulusan penggajian nelayan asing adalah tertakluk kepada Seksyen 60K, Akta Kerja 1955.

“Untuk rekod, selaras dengan pewartaan Perintah Pasport (Pengecualian) (No. 2) (Pindaan) 2021 dan Perintah Imigresen (Pengecualian) (Pindaan) 2021 pada 28 Mei 2021, kru nelayan asing wajib mempunyai PLKS sepenuhnya pada 1 Januari 2022.

“Ini bertujuan untuk mengelakkan laut dijadikan laluan utama kemasukan warga asing ke dalam negara.

“Antara usaha Kerajaan melalui kerjasama MAFS dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), DOF dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk membantu pengusaha vesel perikanan tempatan dalam pelaksanaan PLKS kru nelayan asing ialah; i- Mengurangkan kadar bayaran PLKS daripada RM1,850 seorang/setahun bagi sektor perkhidmatan kepada RM320 seorang untuk sektor pertanian bagi tempoh enam (6) bulan pertama, ii- Menetapkan kelayakan had umur nelayan asing sehingga 60 tahun bagi permohonan pertama kali masuk ke dalam negara,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat