Kerugian UiTM, PM Serah SPRM Siasat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Isu ketidakcekapan dan ketirisan berhubung kerugian RM157 juta oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) Holdings Sdn Bhd diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk menjalankan siasatan.

“Itu…serah kepada SPRM,” kata Perdana Menteri ringkas ketika ditemui media selepas menyampaikan Syarahan Ulung Siddiq Fadzil – Pemikiran Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia di Universiti Selangor (UNISEL), di Bestari Jaya, pada Khamis, lapor BH.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas laporan akhbar bertajuk ‘UiTM Holdings rugi RM157 juta’, yang disiarkan media tempatan hari ini, yang mendakwa jumlah kerugian itu berdasarkan kepada kiraan kerugian sebelum cukai terkumpul selama empat tahun iaitu bagi 2017, 2018, 2019 dan 2021.

Keuntungan sebelum cukai terkumpul yang dilaporkan bagi 2011, 2013, 2014, 2015 dan 2016 adalah sekitar RM26 juta.

UiTM Holdings Sdn Bhd adalah syarikat pegangan pelaburan milik penuh UiTM, yang menguruskan lapan syarikat berkaitan tenaga, penjagaan kesihatan, teknologi dan kreatif.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat