Siasatan menantu bekas PM akan tingkatkan kredibiliti Kerajaan Perpaduan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pemberian satu kontrak lumayan kepada menantu seorang bekas Perdana Menteri akan meningkatkan kredibiliti Kerajaan Perpaduan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi mengucapkan tahniah kepada SPRM dan siasatan berkenaan ditunggu oleh rakyat.

“Siasat secara total. Dakwa dengan segera bila cukup bukti.

“Tiada kompromi, ini termasuk juga rangkaiannya.

“Ia akan meningkatkan kredibiliti Kerajaan Perpaduan , slowly but surely,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Khamis.

Semalam media melaporkan, sumber memberitahu SPRM menyiasat menantu seorang bekas Perdana Menteri susulan pemberian kontrak lumayan kerana didakwa wujud salah guna kuasa berkaitan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIIS).

“SPRM sedang menyiasat bagaimana kontrak itu diberikan dan kaitan syarikat itu dengan mereka yang berkuasa ketika itu,” katanya.

Menurutnya, bukti baharu berhubung kes itu muncul, termasuk projek terbabit kini diklasifikasikan “projek sakit” kerana hanya mencapai sedikit kemajuan.

“SPRM mungkin memanggil anggota kanan kerajaan terdahulu sebagai sebahagian siasatannya.”

Baru-baru ini, Puad cuba mencadangkan menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin saudara yang tidak dinamakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bercakap mengenai kroni dan saudara-mara yang diberikan kontrak lumayan.

Anwar dilaporkan berkata, beliau terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anaknya, Nurul Izzah sebagai penasihat.

Tetapi, katanya, mereka yang “memberikan kontrak berbilion atau ratusan juta ringgit kepada anak atau menantu atau kroni ketika mereka berkuasa” tidak wajar menyuarakan bantahan.

Menantu Muhyiddin, Adlan Berhan dinamakan dalam laporan media pada 2020. Beliau dikaitkan dan mungkin merupakan pemain utama dalam kontrak untuk NIIS.

Menurut laporan The Vibes, Adlan didakwa mempunyai kaitan dengan seorang daripada pendahulu projek itu, S5 Holdings Inc, sebuah penyedia penyelesaian keselamatan.

Tetapi, Pengarah Urusan Kumpulan S5, Syed Mohammad Hafiz Jamalullail dipetik The Edge pada 2021 berkata, dalam kalangan hubungan politiknya tiada orang yang terbabit dalam S5, termasuk Adlan.

Sistem itu dilapor dicadangkan Muhyiddin ketika menjadi menteri dalam negeri di bawah kerajaan Pakatan Harapan dari 2018 hingga 2020, selepas Sistem Kawalan Imigresen Nasional dibatalkan Muhyiddin akibat kos tinggi.

Kos NIIS dianggarkan sekitar RM1.2 bilion, kira-kira 66 peratus kurang daripada kos projek terdahulu yang bernilai RM3.5 bilion.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat