Lagu Yuna jadi pilihan warga Filipina

Kuala Lumpur: Penyanyi Yuna, 35, menerima jumlah penstriman luar biasa daripada pendengar di Filipina menerusi platform Spotify untuk lagu baharunya berjudul Dance Like Nobody’s Watching (DLNW).

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai berkata pencapaian terbabit cukup manis buatnya kerana dia sendiri tidak sangka memiliki ramai pengikut dari negara jiran itu.

“Baru dapat tahu single baharu saya Dance Like Nobody’s Watching mendapat penstriman tertinggi di Filipina. Mabuhay! Ini adalah sangat-sangat menarik,” katanya.

Pada Januari lalu, lagu DLNW berkenaan menerima lebih sejuta penstriman di Spotify selepas dilancarkan pada Disember tahun lalu. Lebih 200,000 penstrimannya datang dari Filipina.

Terdahulu, Yuna berkongsi lagu berkenaan berkisar menghiburkan hati sendiri apabila mengalami kesedihan disebabkan patah hati.

“Ia berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri selepas melalui sebuah kesedihan. Tak pernah terfikir bahawa kita boleh pasang lagu kesukaan, kemudian menari untuk buang perasaan itu.

“Akhirnya, saya temui rasa cinta terhadap tarian dan ia sangat membuatkan saya rasa bebas,” katanya.

Yuna berjaya meraih lebih 49.9 juta penstriman menerusi lagu-lagunya di Spotify. Setakat ini, Filipina masih menjadi negara teratas yang kerap strim lagu DLNW berkenaan.

Berita Harian

Topik Hangat

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO...

Berita Berkaitan

‘Epik fantasi’ nukilan ramayan

HAMPIR empat tahun bertapa menyepikan diri, kumpulan Neo-Psikedelik Malaya, Ramayan akhirnya tampil bersama album penuh baharu yang bertemakan 'epik fantasi' berjudul Di Persiaran Cakrawala. Album...

Rina Gunawan meninggal dunia

Jakarta: Penyanyi Indonesia, Rina Gunawan, 47, meninggal dunia selepas seminggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pertamina Simprug, di sini, selepas mengalami gejala...

Dah boleh tengok wayang

Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan panggung wayang akan dibenarkan untuk membuka operasi semula selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)...