Impian Kayda jadi kenyataan

KUALA LUMPUR: Mula berjinak-jinak dengan muzik hip-hop sejak usia 13 tahun, penyanyi, Kayda, akhirnya berjaya pengalaman baru menghasilkan lirik bersama penyanyi rap terkenal, Altimet.

Kayda berkata, dia dan Altimet bekerjasama menghasilkan lagu duet terbaharu yang menggandingkannya dengan Nur Fatima berjudul Galeri.

“Ia seperti impian menjadi kenyataan. Saya anggap satu penghormatan apabila dapat bekerjasama dengan penyanyi rap disegani dalam industri hiburan. Jujurnya, inilah pengalaman berharga buat saya. Terima kasih Altimet kerana sudi memberi peluang ini.

“Ini kali pertama saya bekerjasama dengan Altimet. Sebelum ini, saya selalu tulis lirik untuk lagu sendiri. Salah satu impian saya mahu belajar menulis lirik dengan penyanyi rap yang sukses. Alhamdulillah, saya dapat belajar banyak perkara daripada Altimet.

“Saya berharap dapat bekerjasama dengan Altimet lagi, itupun jika Altimet sudi,” katanya.

Kayda adalah salah seorang peminat Nur Fatima.
Kayda adalah salah seorang peminat Nur Fatima.

 

Mengulas single Galeri, Kayda atau nama sebenarnya, Wan Nur Khaleda Aziz berkata, single berkenaan ditulis dan digubah oleh Altimet, Omar K, Audi Mok, Firdaus Rahmat dan Mas Dewangga.

Katanya, dia juga teruja dapat bekerjasama dengan penyanyi pop berpengalaman, Nur Fatima.

“Saya tak berfikir dua kali apabila diberitahu mengenai projek lagu ini. Saya terus bersetuju kerana saya salah seorang peminat Nur Fatima. Saya tahu Nur Fatima penyanyi yang bagus.

“Bagi saya, projek duet ini adalah idea baik untuk kami. Jujurnya, saya teringin bekerja dengan penyanyi pop. Secara kebetulan, Nur Fatima balik ke Malaysia ketika menyertai program Gegar Vaganza, tahun lalu, jadi inilah peluang terbaik buat saya,” katanya.

Penyanyi yang tampil dengan single solo berjudul Autopilot itu berkata, dia banyak menghabiskan masa mencipta lagu baharu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu.

“Saya ambil peluang menulis lebih banyak karya. Dalam masa yang sama, saya nak belajar. Saya juga bekerjasama dengan sepupu untuk merakamkan lagu.

“Lagipun, saya seorang sudah biasa duduk rumah, jadi tiada masalah berkurung ketika PKP ini. Cuma, saya rindu membuat persembahan secara langsung,” katanya yang akan tampil dalam Konsert Minggu Ini di RTM bersama ibunya pada 6 Februari lalu.

Menerusi konsert itu, Kayda akan menjadi penyanyi jemputan dan menyampaikan single Autopilot dan lagu malar segar, Sinaran versi remix.

Berita Harian

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Azira, Sharnaaz makin rapat?

KUALA LUMPUR: Cinta memang indah dan wangi untuk disulam, namun ia belum tentu menjanjikan kebahagiaan. Tidak semua kisah percintaan nan indah berakhir di jenjang...

Reno5 F peranti moden kelas pertengahan buat pengguna

JENAMA telefon pintar global, OPPO melancarkan siri terbaharu, OPPO Reno5 F iaitu peranti pertengahan dilengkapi dengan ciri foto dan video baharu serta pengecasan pantas...

Pakcik botak tu bukan Joe Flizzow

Kuala Lumpur: "Pak cik botak tu bukan gua, siot!". Itu kata penyanyi hip hop popular, Joe Flizzow, 42, berikutan kecoh di media sosial dirinya...